We are getting older

Tuesday, April 12, 2011

buat kek pun tak jadi kalau macam ni..huh


Dah behari-hari pengguna risau tentang kewujudan telur tiruan yang dijumpai di Pasar Pulau Tikus, P.Pinang..Semalam Kementerian Kesihatan dah pun mengesahkan bahawa telur itu adalah "GENUINE", maksudnya telur ayam sebenar yang asli cuma dari gred yang rendah. Pengguna x perlu risau kerana Kementerian akan sentiasa memantau sekiranya wujud telur tiruan tersebut..

RELIEF kan!!! bak kata ibu, "kalau tersalah beli kena yang tiruan ni, alamatnya semua kek-kek yang ibu buat semua xjadi". hehe

So, sebagai langkah-langkah keselamatan, kita sebagai pengguna ni perlu meneliti dulu barag-barang yang kita nak beli..kalau nampak cam unik pelik ja dan was-was, SILA JANGAN BELI K..

TAK KISAH la barang apa yang kita nak beli, makanan, alat solek, perkakas rumah, alat mainan,,,,,, YANG PENTING sila pastikan yang  semua tu original dan ordinary..ada yang pelik ja jangan beli k...

Tapi kan kita tetap kena berwaspada, mungkin telur tiruan ni bakal wujud di Malaysia, tak pun makanan lain kan..ye la zaman moden sekarang, orang dah tak kisah kalau perbuatan mereka tu memudaratkan orang lain yang penting duit berlori-lori masuk ke poket mereka..nak kaya cepat la katakan..Dulu pun dah da kes peniaga campur chemical dalam santan sebab nak untung banyak..

MANUSIA OH MANUSIA!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...