We are getting older

Tuesday, April 26, 2011

Mengapa ini semua terjadi

kian retak
image taken from google images

DULU kita rapat sangat, on call lama-lama berjam-jam..kadang-kadang bila out of credit di bantainya phone rumah sampai bil melambung ke tahap maksimum..berjam-jam kita bergosip itu ini, walau pnas ganggang phone tu dah mencecah 100⁰C tetap di teruskan perbualan..telinga kanan dah panas tukar telinga kiri..dua-dua panas buat loud-speaker or guna hands free, lepak sama-sama, tidur bersama walau tak sebantal dan macam-macam lagi. Suka duka di kongsi bersama..memang kita dah kenal lama sejak di zaman kanak-kanak tapi mula akrab di zaman remaja tapi kemuncak zaman ini dan gejolak jiwa remaja juga lah yang membuatkan kita renggang---amat renggang..kita umpama musuh yang pantang bertentang mata walau hanya di alam maya..PELIK kan? Dulu ke mana ja mesti berdua, semua pengalaman di kongsi bersama,pengalaman belajar di tempat baru, mula mengenal cinta, hal remeh temeh hingga lah hal peribadi..best sangat masa tu..rasa seolah-olah mempunyai sesorang yang amat memahami diri ini..

 TAPI itu semua Dulu, kita dah lain..masing-masing dengan cara hidup dan rakan baru..rakan baru yang menggantikan diri ini untuk berkongsi semua cerita telenovela.Rakan baru itu juga lah yang menemani kita ke mana saja.Rakan itu juga la yang kita cari waktu kita amat memerlukan semangat tika berduka..Kau dan Aku umpama orang asing yang saling tidak mengenali, tidak ada khabar berita untuk satu tempoh yang amat panjang..kita saling menuduh, menggali kesalahan antara satu  sama lain dan disebarkan ke seantero pelusuk dunia..peristiwa itu yang merubah siapa kita sebenarnya..kita tak sehaluan, gerak hati kita berubah tak lagi macam dulu..telinga bernanah hati terbakar apabila nama antara kita bergema..segala kisah lama di ungkit kembali umpama wayang yang tiada hentinya.. Cuma untuk satu tempoh yang singkat kita umpama adik-beradik..hanya kita yang tahu perkara sebenar.

SEKARANG, kita sudah menginjak dewasa, mungkin belum cukup dewasa atau cukup matang untuk mengadili kehidupan tapi sekurang-kurangnya kita dah melalui suku daripada episod kehidupan..sudah mampu menilai antara baik dan buruk..walaupun pada mulanya agak kekok untuk bertentang mata membuka bicara, berat untuk kaki melangkah, dan lemah untuk berjabat tangan tapi akhirnya kita dapat juga merungkai rantai-rantai besi yang selama ini berpintal di dalam hati iaitu kunci kepada segalanya… Jujur Aku katakan yang kadang-kadang Aku amat merindui kehidupan sebelum tercetusnya perang antara kita dan Aku harap Aku tergolong antara rakan baru itu.Aku tak berharap kita kembali seperti dulu, seakrab sebelumnya, tapi memadai sekiranya kita bisa berbicara seperti teman, bergurau seperti saudara, bersuka ria seperti kanak-kanak..Aku tidak menyalah kan Kau sepenuhnya atas apa yang terjadi kerana Aku turut bersalah kerana membiarkannya terjadi..

Sahabat seandainya Kau membaca nukilan ini, Aku harap Kau mengerti isi tersirat yang hendak Aku sampaikan..Aku sudah memaafkan Kau dan Aku harap Kau pun begitu..Aku mula belajar dari kesilapan dan moga hubungan sillaturrahim antara kita tidak akan terputus buat kali kedua walau badai melanda kerana persahabatan itu sesuatu yang amat bernilai dan tidak dapat di tukar ganti..MAAF hanya itu yang mampu Aku ungkapkan seikhlas hati.




Aku percaya Kau dan Aku semakin matang dalam meniti liku-liku kehidupan..Kita cumalah pelakon di pentas dunia tapi Aku harap ukhwah yang terbina ini bukannya satu lakonan yang tidak membawa apa-apa erti..

2 comments:

tirah said...

manusia akan berubah. sedangkan hati sendiri boleh berpecah, masakan orang lain tak, ye dak? tapi yang penting alur tu tetap kena sama. baru arus tak hilang. masih dalam ruang lingkup yang sama.

= fatynn = said...

tirah: betul tu..mungkin sesuatu tidak akan kembali seperti dahulunya tapi sekiranya kita dapat mengikis perasaan yang telah menghitamkan hati selama ni itu sudah begitu bermakna

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...