We are getting older

Saturday, January 29, 2011

kahwin..kahwin and kahwin

SEJUK betul kat sini, hujan tak henti-henti ditambah lagi dengan kedinginan kawasan pergunungan..rasa bosan, jadi saja-saja nak tulis tentang ni.. :D

Macam pelik ja kan tiba-tiba nk cakap tentang ni..muda-muda dah gatal( NO!! NO!! NO!!)
bukan sebab tu tapi dh menjelang cuti umum ni ramai la yang dah booking tarikh untuk hari-hari bersejarah mereka..so, kad undangan pun mula diedarkan..

So, pada pendapat korang semua, umur berapa la si gadis sesuai mndirikan rumah tangga..kadang-kadang tu muda lagi orang dah sibuk tanya, bila dah melepasi 25 tahun makin ramai yang tolong risau..apa salahnya si gadis tu kahwin lambat sikit..sekarang ni si gadis pun dah banyak tanggungjawab dan perkara lain yang perlu difikirkan..contohnya:

1) habis degree kna fikir kerja juga
2) dah kerja, nak juga bantu menyenangkan ibu bapa dulu..nak juga mereka merasa hasil titik peluh anak  mereka
3) nak beli kereta dan kumpul aset sbg "first aid" di waktu kecemasan
4) sambung belajar lagi (master,PHD dan lain-lain)
5) nak betul-betul well prepare kan dengan semua ilmu duniawi dan ukhrawi

p/s:OK, di atas tu hanya contoh..tu apa yang aku fikirkan la..tapi rasanya semuanya hampir sama kan kan..


Pada yang di luar sana jangan la asyik tanya soalan tu, tentu ada sebab tertentu lagipun jodoh, pertemuan, ajal semua dah tertulis..jadi jangan nak mempertikai atau membanding-bandingkan orang lain..

Tuesday, January 25, 2011

L.O.V.E

These are what I call L.O.V.E

When my mum always be by my side
When my dad prays for my victory
When my siblings laugh with me
When my friends walk with me
When he cheer me up
When the world can’t stop smiling
When ALLAH S.W.T give me chance to breathe, see and learn new things
I won’t ask for anything else
Cause I enjoy it to the fullest
Cause I have a wonderful persons that lighten up my day
Cause I learn a lot from the past
 I hope they will be happy and have an awesome day ahead
And I love to be myself.. it has its own melody..

LOVE just an ordinary word to describe everything..

Monday, January 17, 2011

Tulus dengan Fadilat, Azam dengan Bakti....Together We Strive for Excellent

Tik tok..tik tok… cepatnya masa berlalu..kejap je dah lebih 4 tahun “kami” tinggalkan zaman persekolahan tapi persahabatan itu tetap berpanjangan..TQ kepada teknologi yang sedia ada, facebook, twitter, myspace dll.. “kami” dapat menjejaki semula kesan tapak kaki yang ditinggalkan rakan-rakan yang telah sama-sama melalui suka-duka sebagai Convent Girls..

sampai ja time mid sem or semester break mesti akan ada yang bertindak sebagai organizer..sebenarnya asalkan ada ja cuti mesti akan “kami” rebut peluang tu untuk berkumpul..aktiviti “kami” simple je..selalunya sama ja tiap-tiap kali keluar tapi the best parts are when we got chance to meet and talk(some gossiping) plus snapshot.. gather kat mana-mana shopping complex, tunggu kat McD or KFC, restaurant or mana-mana food court, tunggu semua ahli-ahli senat datang, and then watched movie, karaoke, makan-makan, jalan-jalan, shopping dan aktiviti wajib mesti la bergambar.
                                         
                                               MACAM NI LA SESI FOTOGEDIK =D


Memang best dapat tengok kawan-kawan yang semua dah cun, comel, stylish, and feminine.. zaman sekolah, semua tetap comey cuma belemoih sikit..(ok!  belemoih=comot)mana tak nya sekolah sampai 2.40 petang, tu belum lagi kena stay back kat sekolah sampai petang.. lagi 2,3 tahun ramai yang dah habis belajar dan akan bekerja..masa ni mesti dah susah nak jumpa tapi harap-harap hubungan persahabatan ini akan berkekalan. Ada yang jadi cikgu, doktor, akauntan, pensyarah, jururawat, engineer dll, pendek kata semua bz nanti.

Semua kenangan itu amat berharga..So, segala kesalahan, gaduh-gaduh yang lama-lama tu dapat dimaafkan dan dilupakan kerana persahabatan itu amatlah berharga. “Kita” tetap akan memberi semangat dan nasihat antara satu sama lain..Insya’Allah…
Semoga semua yang dirancang akan dapat kita kecapi..All the best gurlz..


















p/s: pada yang dah da calon and bakal ada calon: kenduri kahwin nanti jangan lupa jemput i k, kalau boleh nak meja vvvip..hehe(joking)

Wednesday, January 12, 2011

MANGSA KEADAAN..SALAH SIAPA?

kembalikan senyuman kami


Kita semua mangsa keadaan, kadang-kadang tersepit di antara fantasi dan realiti. Bila usia dah menginjak dewasa kita sering diselubungi dengan pelbagai masalah yang kadang-kadang bukan berpunca dari diri kita sendiri atau tak pernah kita pinta.. masalah kewangan, tempat kerja, rakan-rakan, keluarga, uijan, kuiz, “assignment”, cinta dan macam-macam lagi..

Mungkin kita pernah terfikir alangkah indahnya hidup kalau dapat jadi kanak-kanak semula..tak ada masalah yang besar yang perlu difikirkan mungkin setakat gaduh-gaduh manja je (“Aku tak mau kawan ang dah”) satu ayat yang sering kali di ungkap tapi akan dapat dilupakan dengan mudahnya tanpa tersemat secebis perasaan hasad dengki (PHD)..kalau PHD ni menular binasa lah manusia..zaman kanak—kanak yang dilalui dengan penuh gembira hanya perlu bermain dan merengek.. =) ....

                  zaman kanak-kanak kita memang best tapi zaman kanak-kanak sekarang macam mana?
TAPI ini semua tak dapat di kecapi oleh sebahagian besar kanak-kanak di era moden ni.. kecanggihan dan kemodenan yang dikecapi yang kononnya untuk memudahkan perjalanan hidup kita sebagai manusia tetapi pada masa yang sama telah meragut kebahagiaan sebenar yang harus dirasai oleh kanak-kanak.. mana tak nya, seawal mungkin ibu bapa akan mula menghantar anak-anak mereka ke kelas tuisyen dan sebagainya..pagi ke sekolah, balik sekolah tuisyen, malam kelas agama, hujung minggu kelas piano, melukis, ballet, golf, dll. Itu semua belum lagi kerja sekolah yang harus dilaksanakan.. tak dinafikan semua ni penting tapi ibu bapa harus tau minat anak-anak dan bukannya merealisasikan impian ibu bapa yang tidak kesampaian..(perlu seimbangkan antara pelajaran duniawi, bekalan akhirat dan juga pembentukan peribadi kanak-kanak)

Bab pelajaran tak dipertikaikan sangat tapi yang geram sangat ni bab kes dera-mendera ni..kanak-kanak dan wanita serta warga emas bukannya “punch bag” yang boleh di tumbuk-tumbuk, di tendang-tendang sampai yang tinggal cuma sekujur tubuk yang kaku tak lagi bernyawa..alasan mereka, TEKANAN..magsa mereka lagi tertekan.. TAHUKAH ANDA, yang manusia ni ada deria sakit..tak tau nak kategorikan mereka yang suka sangat buat manusia lain macam “punch bag” ni dalam “KINGDOM” mana satu..Animalia pn bukan,Plantae macam tak logik, alien kah? Rasanya alien pun sayang anak (berdasarkan cerita-cerita kat tv)..ni mesti spesies baru!!(kena refer ancestor mereka-mereka ni). SUDAH TENTU KITA TAK NAK KEMBALI KE ZAMAN NI KAN!!!!

So, kalau tak nak anak jangan la suka-suka hati je buang, sekurang-kurangnya tinggal la insan-insan tak berdosa ni dekat mana-mana pusat perlindungan yang ada..jangan dera kanak-kanak, kerana mereka ini berpotensi membesar dalam keadaan trauma yang kemungkinan menghantui hidup mereka bila dewasa kelak, kita tak nak rakyat Malaysia majoritinya menghidapi masalah kecelaruan identiti..Hormatilah warga emas kerna suatu hari nanti kita juga akan melalui fasa itu dan wanita pula terjadi dari rusuk lelaki bukan untuk dikasari tetapi untuk disayangi dan dibimbing, mana datangnya bayang lurus jikalau asalnya dari kayu yang bengkok. Ibu yang mengandung dan melahirkan kita adalah wanita, ingatlah syurga itu ditelapak kaki seorang ibu..jadi hormati dan sayangilah insan-insan di atas.

   Sebagai renungan kita bersama atas apa yang berleluasa dalam masyarakat moden hari ini.

Saturday, January 8, 2011

MISS YOU ALL~

Habis je mengusik seorang kawan yang amat special, tiba-tiba terharu pula bila terkenang semula semua kisah-kisah lama..masing-masing penuh dengan gelagat yang sememangnya menjadi identiti yang dapat dikenang seumur hidup..

Mereka ni la yang telah memeriahkan hidup aku selama 3 tahun di Arau,Perlis (atau lebih sinonim di kalangan siswa siswi sebagai araustralia).... sentiasa bersama setiap saat.....  tak pernah kami sia-siakan masa yang ada,sumanya diisi dengan pelbagai program anjuran SDN. BHD.~kelakar pula bila dikenangkan setiap kali terlintas nak pergi jalan-jalan, maka mesti ada tentatif yang lengkap (ala-ala "organize big event")..

So, di bawah ni ada beberapa gambar insan-insan yang telah memeriahkan suasana..semuanya comel, lawa, "superb" dan bijak..


....sebenarnya nak tunjuk "girls" di belakang dua "hot guys" ni....
(from right : nat, cikin, ana, me, aida, syira and amy)


comel kan mereka??
kyra(wearing shawl), cikin and amy(in orange)

HAAAA!!!!! ni lagi sorang....tapi dia ni low profile sikit, tak suka gambar dia dipamerkan hanya untuk simpanan kami-kami je...jangan marah ye...
miss tirah watif jr.
p/s: sorry, i got this pic from your fb

Bak kata pepatah melayu "Air dicincang tak akan putus".. betul la tu, 
1 FAMILY, 1 MALAYSIA 

Tuesday, January 4, 2011

(= i'm new =)

MAAF YE..... sebenarnya blog ni masih baru dan masih banyak yang perlu di naik taraf...bagi yang "senior-senior" tu harap dapat beri tunjuk ajar...

                Thank You~ Nur Athirah Awatif...kenapa ya?..sebabnya insan ni la yang beriya-iya suruh saya  wujudkan blog dan dia juga yang banyak membantu... thank you..auww~

                            rasanya sampai sini dulu kot, banyak lagi nak kena "explore".....JUMPA LAGI!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...