Pertama kali saya lihat awak dalam mimpi, saya cuba yakinkan diri sendiri itu cuma mainan tidur tapi apabila wajah awak sering saja menjelma, saya lantas berdoa kepadaNYA untuk terus diberi kekuatan hati untuk terus menanti sesuatu yang saya sendiri tidak pasti.....cuba untuk berahsia supaya awak tidak mengetahui hakikat sebenar---supaya hubungan persahabatan ini kekal seperti biasa dipenuhi senyuman dan tawa.....Awak sering saja menguji kesabaran dengan pelbagai cara---saya akui setiap cara itu mengguris perasaan, menitis air mata tetapi saya tak mampu untuk membenci awak walau apa jua cara yang awak cuba lakukan....Saya harap awak mengerti bahwa saya sukar untuk membenci dirimu kerana itu bukan sikap yang ada pada saya....Awak kata kita sahabat dan bukannya kawan kerana kita memahami diri masing-masing, jadi saya harap awak mengerti kenapa saya mudah melupakan semua hal yang menyakitkan....Saya akan cuba untuk menjauhkan diri untuk terus mendidik hati menjadi kuat seteguh tembok China....Saya cuma mahu hubungan persahabatan ini tidak berakhir....Jangan risau jika awak buat saya menangis beribu kali kerana itu lebih baik dari saya berpura-pura semuanya okay sehingga kita menjadi musuh---air mata itu pengubat luka hati, air mata itu membasuh kesedihan hati---air mata, sensitif, hati yang lembut amat sinonim dengan wanita..dan begitu juga dengan diri ini...Saya bukannya lemah...Saya rindukan saat kita gembira, berbual, berbincang dan berkongsi segalanya....Sungguh saya merindui saat itu....lebih lama awak menyepi, lebih jauh saya cuba lari maka makin kerap awak muncul walaupun bukan alam nyata, makin teringat akan segala nasihat dan gurauan awak....saya tak kuat,saya tak mampu!!
Saya harap awak akan menyukai pemberian itu, walaupun ianya dah "retour" dari Alor Star ke SP semula, saya akan pastikan awak terimanya kerana memang dari awal pilihan itu hanya untuk awak.. ^_^
Happy Belated Birthday!!
...Saya sentiasa doakan yang terbaik untuk dirimu dan keluarga...take care and please keep your smile on your face...i love it when you are smiling...maaf kerana terlalu emosi -_-"