We are getting older

Monday, November 28, 2011

Berada di dunia yang sangat berbeza

Dunia yang kebanyakkan kita lalui mungkin lebih kurang sama, bangun awal pagi, pergi kerja/kuliah, petang balik rumah/bilik rehat, malam meeting, weekend bpersatuan atau leisure dengan kawan-kawan/ insan tersayang..

tapi semalam November 25, 2011, fatynn dan kawan-kawan berpeluang menjengah ke satu dunia yang amat janggal bagi kami yang tak pernah kami bayangkan untuk berada sebegitu dekat dengan mereka. Demi menjayakan modus operandi Selamatkan Gelandangan di bawah Kempen Tangisan Jiwa 3 Sekretariat Sukarelawan USM, kami cuba menyelami kehidupan mereka.

Kami berkumnpul jam 10.30 malam dan diberikan taklimat sebelum menuju ke destinasi yang telah di "highlight" kan oleh MT Sekretariat.. serius berdebar juga sebab ini pertama kali ikut aktiviti macam ni. Sampai ja kat sana ( tak pasti nama jalan tapi dekat area Nasi Kandar Beratur sebelah masjid ), kami diagihkan kepada 3 kumpulan. berdiri di tepi jalan beramai-ramai sambil pakai vest dah macam pegawai pencegah maksiat memang berjaya menarik tumpuan semua orang di sana termasuk pemandu-pemandu kenderaan yang tertanya-tanya apa la yang di buat budak-budak ni tengah-tengah malam ni. tapi apa kami peduli, yang penting nawaitu.. Sementara menunggu abang-abang polis, sesi camwhore pun berlangsung dengan gah nya..hehe

Then, datang 6 orang anggota polis yang akan mengawal pergerakan kami demi memastikan keselamatan kami semua. ada sedikit briefing dari anggota polis tersebut. seorang anggota polis berjalan bersama setiap kumpulan manakala yang lain akan meronda dengan kenderaan mereka. Tepat pukul 12 tengah malam kami memulakan misi kami.

Nervous pada mulanya nak approached pakcik- pakcik yang tengah tidur, risau kalau di marah tapi Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Pelbagai cerita hidup yang dikongsikan oleh mereka, walaupun ada antara mereka yang tidak fasih berbahasa melayu atau berbahasa inggeris, tapi dari bahasa tubuh mereka, kami dapat faham derita mereka. ada antara mereka yang meraih simpati dan menangis tapi apakan daya, kami hanya mampu mendengar.

Malam tu tak ramai gelandangan yang kami jumpa, mungkin sebab hujan pada awalnya, misi tetap di teruskan. Berjalan kaki pusing Penang la juga, jalan waktu malam tak terasa jauhnya. sunyi, aman ja sebab tak banyak kenderaan.. malam minggu yang lengang.. sambil berjalan mencari gelandangan, kami juga menghayati keindahan Georgetown dan isi tinggalan sejarahnya ( macam lawatan sambil belajar la juga ). Pak cik polis yang berssama kami amat ramah dan menerangkan selok belok keadaan di sana.

Sedih bila tengok anak bangsa sendiri yang sanggup merosakkan hidup dan masa depan mereka, dan membelakangkan agama demi tuntutan nafsu. Dalam perjalanan, kami dapat lihat ramainya muda mudi yang berpeleseran pada awal pagi tanpa mengira batas-batas pergaulan. Ada juga yang sedang hanyut dek bau-bauan "GAM", yang merempit, drift, dan mempamerkan nilai moral yang amat rendah. Di usik oleh mereka tidak kira muda atau tua, tapi usikan terssebut sekadar dari reaksi muka atau bunyi-bunyian sumbang tidak lebih dari itu (nasib baik ada polis yang escort). Ada antara pelacur atau "NYAH" yang lari apabila nampak kami (sebenarnya sebab nampak encik polis yang segak beruniform).

Ada antara yang gelandangan memanggil dan meminta makanan tanpa kami berikan..tak kurang juga ada antara mereka yang bagi tau mereka bujang. MOTIF? fikirkan sendiri.

Dikejar 4 ekor anjing antara pengalaman yang tak dapat dilupakan..nasib baik la ramai-ramai.. sepanjang menjalankan operasi, kami diancam oleh anjing-anjing yang diperlihara untuk menjaga kediaman di situ. untunglah tuan-tuan anjing tersebut keluar untuk menenangkan anjing kerana mereka faham akan misi kami lebih-lebih lagi dengan kehadiran encik polis yang gagah perkasa. tapi masa on the way nak berkumpul, kami hampir-hampir dikejar (masa ni dah tak ada encik polis).

Tepat pukul 3 pagi,operasi kami berakhir dan kami menuju ke USM demi bantal dan katil tercinta. sepanjang perjalanan balik, kelihatan ramai anak muda yang masih aktif bergembira di persisiran laut dan ada juga lelaki-lelaki yang membuat isyarat meminta no telefon pelajar-pelajar dari dalam kenderaan mereka..

Satu pengalaman untuk menyedarkan kita bahawa ada manusia dari golongan minoriti yang lebih susah yang hidup pada 1 dunia yang berbeza dari golongan majoriti. Jadi luaskan pandangan dan skop pemikiran kita untuk melihat dunia mereka dan membantu mengeluarkan mereka dari dunia yang gelap.

Renungkan lah :-D
Kami sukarelawan

tetap ceria walaupun dah pagi
noted : gambar misi kami tak dipaparkan.. maaf :-)

Thursday, November 24, 2011

Jangan Main Dengan Nyawa Orang!!

Baru je tadi baca surat khabar Kosmo, terkejut kot bila baca yang ada insan di Indonesia membuat ugutan di twitter untuk membunuh mahasiswa/i Malaysia di Universitas Padjadjaran berbunyi "tomorrow I will kill Malaysia student at the University of Padjadjaran".

Tak kan la sebab Skuad Garuda Muda tumpas di baham Skuad Harimau Muda tempoh hari, nak mengancam nyawa mahasiswa/i Malaysia. Biasa la adat permainan ada kalah dan menang. Adoyai, tolong berfikiran waras sikit. Semangta kesukanan yang kita perlu tonjolkan dan bukan nya semanagt kebencian.

Harap pihak berkuasa Indonesia dapat mengambil tindakan sewajarnya...

Be extra careful dear Malaysian out there..

Friday, November 18, 2011

horey horey!!! hip hip HOOOREYY

nyanyi lagu hip hip hoorey sambil berjalan dan lompat-lompat happy sekitar USM..haha over kan... part berjalan tu memang betul tapi part lompat dan nyanyi itu dusta semata-mata..fatyn cuma berjalan seperti seorang yang normal sambil bercakap dengan my classmate, Zazzy.. konon-konon lepas makan kuih-muih dekat Fajar Harapan nak jalan kaki balik Aman Damai, jalan separuh je aleh-aleh bila dengaq ja enjin bas,terus toleh..and luckily bas tu tag dia KUNING..KUNING maksudnya bas AMAN DAMAI.. terus tahan dan naik bas..

intro cerita pasai makan and naik bas je.. sebenarnya tau dah mesti ramai yang update status tentang skuad HARIMAU MUDA tumpaskan musuh tradisi iaitu INDONESIA.. tu la intro merepek sikit tu.. yes seperti mana rakyat Malaysia yang gila kan bola, fatyn pun tengok juga dari awal sambil ditemani kawan roomate..ok obviously x tengok dekat restoran/kedai mamak yang ada skrin sebesaq alam, tengok kat Plasma TV je.. awal tu tension juga la coz siaran tv macam gelong sikit, nak kata hujan x pun tapi naseb baik jap je. part yang msuk gol tu yang x tahan, siaran tv kat kafe lg awal dari siaran tv kt blok kami, dengaq dorang jerit "GOLLL!!" baru la tv kt blok ni tunjuk bola tu dah masuk gol.. serius sakit jantung, sakit otak fatyn and member-member tengok sampai ter"STOP" la buat assignment.. bola lagi penting, yang ada meeting pun sanggup pi meeting lambat coz nak tengok bola.. perempuan pun minat bola ok..semangat kesukanan dan ke"MALAYSIA"an tu sangat tinggi OK.. :)





note : tu la game paling banyak nampak player jatuh, bola hampir2 gol tapi x gol dan paling penting paling banyak kad kuning dilayangkan oleh pengadil yang muka tegas tu...

Bangga la dengan korang dapat beraksi cemerlang even dalam stadium yang dipenuhi dengan warna merah je..GOOD JOB!! kekalkan prestasi cemerlang ni untuk next game..kami menyokong anda..yeay

walaupun jeles tegok Part 6 Kiter Best kuaq tengok ramai-ramai kat Restoran Salmie Manja..ok salah sendiri sebab tak nak study kat sana..sila nanti kan kehadiran saya kat sana..Insya'Allah sem depan lau ada duit lebih nak pi melawat korang suma kat Shah Alam..rindu korang tahap infiniti sudah..ni gambaq-gambaq yang buat I jeles dan terpaksa I curi dari 'Kak Iffah" dan "Kak Anis".. haa tinggalkan saya lagi huhu :'(
tengok tu serius betul especially Dr

sukanya depa


sorang makan sorang tengok

rindu mereka



sekarang nak masuk bab yang kedua happy, hari ni Jumaat dan kelas pun dah habis..mood weekend pun dah menjelma..tu yang berhoorey sakan tu.. padahal lab report, assignment, dan test menanti dengan wajah yang kejam sedang mentertawakan fatyn hari Ahad nanti(suka sangat buat kerja last minute).. jangan tanya sama ada "mereka" memang ada wajah? sebab memang tak ada pun, saja nak hiperbola sikit

Ketiga, esok mood "beach girl" ok.. jom bergumbira di Pantai Kerachut wahai anak-anak Kedah USM..kita berfamily day kat sana..tak sabar nak hiking, main pantai, kena kan orang time sukaneka, dan bercamwhore la acara wajib lagi tu.. dapat kenal member baru, pasni bertambah la geng kalau nak balik Kedah..sukaaaa..
jom packing barang-barang!!

Sunday, November 13, 2011

my fault

I'm feeling totally bad.. it just came out from my mouth without the brain asked.
Dear love, the truth : I only want the best thing for you and sorry for the  harsh words..

 damn it..i cant stop flash back the scene even though you said that its fine .. i wanna take a nap so that i can forget those moments..

p/s: i think i need to call the judge if its still playing in front of my eyes after this.. should i lock myself behind those wall..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...