Siti Nurhaliza : Budi Bahasa Budaya Kita
Ibu bapa dan kaum keluarga
saudara terdekat dan jiran tetangga
sayang menyayangi bertegur sapa
ketulusan ikatan sepanjang usia
Para guru rakan sekolah
turut warnai kehidupan kita
ilmu ditimba pengalaman bertambah
pergaulan sihat peribadi ceria
c/o
Bangsa Malaysia berhemah tinngi
ramah dan mesra elok pekerti
yang tiada dibantu, yang lemah dilindungi
bertimbang rasa hormat menghormati
kita berkhidmat jujur dan ikhlas
mencurah bakti tak minta dibalas
harapan rakyat satu amanah
budi bahasa budaya kita
Teringat zaman sekolah kan, bila nyanyi lagu-lagu patriotik macam ni tapi ini ada kena mengena dengan entri fatynn kali ni. Bukan saja-saja nak nyanyi tau tapi cuba memahami lirik terbabit. Simple tapi padat dengan pengajaran.
Akhir-akhir ini, sering tercetus nya note-note di fb atau entri-entri di blog-blog yang menghentam sesuatu golongan tak kira la sama da lelaki mahupun perempuan..
Mungkin lelaki di luar sana akan mula berkata yang Fatynn akan menyokong perempuan..itu sudah semestinya sebab fatynn pun perempuan tapi fatynn tak akan menyokong sesuatu pendapat itu secara membuta tuli..ada kala nya fatynn sokong pihak yang berlainan jantina..
Fatynn tau si jejaka cuma nak meluahkan isi hati yang terpendam supaya mereka tak perlu menanggung segala keperitan, cuma kata-kata anda itu telah pun menyinggung perasaan hampir keseluruhan, perempuan dan wanita yang membacanya.. akibat segelintir yang berkelakuan sedemikian tempiasnya turut dirasai semua..tidak adil bukan?
Islam memang menyarankan kita saling tegur menegur tapi biar kena pada caranya bukan dengan cara melepaskan kemarahan.. nabi junjugan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W.wajar dijadikan tauladan..baginda menegur dengan penuh rasa hormat dan bersopan santun..jadi wahai insan-insan yang bijaksana dalam mengadili perkara baik dan sebaliknya tentu akan berfikir dahulu sebelum berkata. Mungkin mulut tidak berkata kerana jari-jemari yang laju menaip tapi semua itu datang dan lahirnya dari hati dan akal.
Mahu kah anda semua seandainya satu hari nanti anak-anak anda yang mengeluarkan semua kata-kata lucah..dan sanggup kah anda lihat orang lain mengeji adik perempuan, kakak, ibu, mak mertua, isteri, nenek dan mak cik-mak cik anda? Mereka pun perempuan.. Jadi kalau penulisan yang terhasil itu menghina perempuan secara tak langsung turut menghina mereka yang anda sayang.. begitu juga sebaliknya bagi perempuan yang mengutuk lelaki dengan kata-kata yang tak manis bagi seorang anak gadis yang sememangnya berperibadi lembut. Bapa, adik lelaki, abang, suami, ayah mertua, atuk dan pak cik – pak cik anda juga lelaki.
Bukan kah kita di ajar untuk saling hormat menghormati tak kira agama, bangsa, pangkat dan darjat. Jadi tindakan mereka yang saling membalas note-note fb dan entri-entri umpama perang tanpa senjata yang secara tidak langsung menjatuhkan maruah bangsa sendiri dan agama Islam.
Fatynn akui fatynn bukan lah ustazah atau seseorang yang arif dalam bidang agama banyak lagi yang perlu fatynn dalami tapi perkara asas mengenai budi bahasa, hormat, dan peribadi yang baik telah banyak di terapkan dalam semua agama, dan subjek-subjek dari tadika hingga lah setinggi-tinggi peringkat pengajian.
Ini sekadar mengingatkan diri sendiri dan untuk meleraikan isu-isu yang hanya menjadi batu api dalam masyarakat. Selamat beramal J ( bak kata Prof EZ)







