We are getting older

Sunday, January 29, 2012

tika semua itu berlaku

tika kita rasakan hari kian suram, sebenarnya masih ada sinar yang menanti..

tika kita rasakan sudah tidak berdaya, sebenarnya masih ada kekuatan untuk berdiri...

tika kita rasakan kita berseorangan, sebenarnya masih ramai yang menyokong padu...

tika kita rasa kehilangan, sebenarnya DIA sentiasa ada untuk hamba-NYA...


tika kita sedar, teruslah mencari...supaya kita tidak alpa...

Wednesday, January 25, 2012

selami maksud tersirat

Taman hati yang dulunya berseri 
dikelilingi bunga bersemi,





Kini semakin kering,
semakin layu,
semakin mati....





Tiada gunanya mentari bersinar jika duri berhutan,
Tiada gunanya air mengalir jika rumput mengemis,





Dan apabila bah melanda,
rosaklah segalanya....





Namun mungkinkah pelangi berseri
disebalik gunung yang sunyi...?...


image taken from http://doroteos2.files.wordpress.com/2011/09/garden-4.jpg



(aku masih cuba menyelami maksud tersirat yang terkandung di sebalik gambaran yang diberi)

Thursday, January 19, 2012

Tangisan

Tangisan..
Bukan tandanya aku lemah
Bukan tandanya aku minta simpati
Bukan tandanya aku mengada-ngada

tetapi

Tangisan Ini...
Lahir kerana aku telah lama menjadi kuat
Lahir kerana aku tidak mampu menahannya lagi
Lahir kerana aku perlukannya

tangisan ku cuma tanda aku jua punya perasaan

Tuesday, January 17, 2012

I'M IN LOVE WITH MR IGUANA


Kalau la ada yang nak bagi hadiah birthday iguana seekor...
Kalau la ibu bagi bela...
Kalau la mereka suma kata iguana comel
mesti dah bahagia layan perasaan dengan encik iguana..

I LOVE YOU MR IGUANA

"nampak ja ayu tapi jiwa eksotik kot..memang sesuai jadi budak bio"
"ayu itu harus, sayangi haiwan itu wajib, cintai iguana bahagia"




perumpamaan apa la si fatynn ni pakai..tak boleh pakai langsung..abaikan..

zaijian..assalamualaikum...

Monday, January 16, 2012

The Reasons

Sometimes Allah breaks your spirit to save your souls. 
Sometimes, Allah breaks our heart to make us whole.
Sometimes, Allah allows pain so we can be stronger. 
Sometimes, Allah sends us failure so we can be humble. 
Sometimes, Allah allows illness so we can take better care of ourselves. 
Sometimes, Allah takes everything away from us so we can learn the value of everything HE gave us..
Make plans but understand that we live by Allah's grace.

quote by ILoveAllah.com

Saturday, January 14, 2012

Mahligai Impian


Bila menghadap buku genetics dan semua fakta-fakta bio, terus mengomel sendiri "bila lah boleh kahwin". Banyak juga dapat invitation kenduri kahwin kawan-kawan..ada juga kawan-kawan yang dah mempunyai anak sendiri..best kan?? hari ni my big brother's solemnization...mesti sweet je dorang..sorry fatynn still kat penang sebab ada paper..kenduri kahwin, Insya'Allah fatynn pi....


Bercakap tentang Mahligai Impian ni, rata-rata setiap perempuan ada perkahwinan yang mereka idam-idamkan.. masa fatynn kecil-kecil dulu sering la terpengaruh dengan wedding ala-ala princess macam cerita Snow White, Cinderella, Rapunzel, Sleeping Beauty, dan lain-lain hasil karya Walt Disney.. Dari kecil, sejak-sejak dah pandai berfikir dan membaca didedahkan pada buku-buku macam tu dan tonton kartun tu..masa tu selalu fikir bestnya jadi princess, nanti ada prince yang datang naik kuda selamatkan kita, bawa pi istana, menari kat ballroom dan kahwin sambil dihiasi bunga-bunga rose berlatarbelakangkan istana dan english garden..sweet je kan...(zaman dulu cerita tu orang kata bawa teladan baik, zaman sekarang the opposite lak sebab dorang kaitkan cerita tu dengan gejala sosial sekarang)..nasib baik la zaman kanak-kanak dulu tak advance macam sekarang, lambat la nak tercemar pemikiran tu.

Tapi sekarang ni, fatynn tak nak dah wedding macam tu..wedding yang fatynn harapkan cuma satu wedding yang simple tapi penuh makna bagi fatynn, pasangan dan keluarga kedua-dua belah pihak....fatynn nak wedding yang tak se"grand" cerita fairytale tu....kalau boleh nak ikut cara Islam dan tak melebihkan adat sangat..tak perlu la nak membazir sebab banyak lagi perkara yang perlu difikirkan selepas majlis tu..


Fatynn impikan seorang lelaki yang mampu menjadi Imam fatynn dalam membimbing fatynn menjadi seorang hamba yang taat kepada Penciptanya..Rupa paras tak menjadi ukuran, yang penting agamanya, hormat akan orang tua terutama kedua ibu bapa, suka kanak-kanak, ekonomi yang stabil, sihat fizikal dan mental, terima fatynn dan keluarga seadanya, sentiasa memberi nasihat serta sokongan, dan menyayangi fatynn setiap masa...


Kalau boleh fatynn nak lelaki tu berasal dari kampung, bukan tak suka lelaki bandar cuma fatynn sendiri berasal dari bandar dan banyak perkara yang fatynn tak tahu...fatynn suka la kalau ada kontra sedikit, baru ada warna dalam kehidupan...contoh fatynn tak tahu sangat nama-nama ikan, pokok-pokok dan kuih tradisional..bukan tak tahu langsung cuma banyak yang tak tahu dari yang tahu...fatynn suka suasana kampung yang tenang, ada dusun, sungai, pantai, jiran-jiran yang ramah, jalan tak sesak..tenang ja..bila hari raya atau ada majlis keramaian meriah je..fatynn nak anak fatynn kenal apa itu kampung dan rasa suma tu macam apa yang fatynn rasa, tak nak anak-anak fatynn nanti sampai dah tak tahu nak bezakan lembu dengan kerbau..tak ke haru tu..lagi satu fatynn harapkan suami yang tak kekok buat kerja rumah, boleh juga tolong-tolong masak time fatynn letih or sakitkan..


Mesti ramai yang beranggapan fatynn terpengaruh cerita-cerita Islamic dari negara jiran seperti "Dalam Mihrab Cinta", "Ketika Cinta Bertasbih" dan sebagainya.. ada la sikit tapi sebenarnya cerita-cerita tu buka pandangan fatynn tentang perkahwinan sebenarnya..Ustaz kat UiTM dulu siap adakan tayangan cerita tu secara besar-besaran lagi sebab nak terangkan apa perkahwinan dalam Islam.. Memang time ni hit la, boleh dikatakan 90% rakan-rakan perempuan semua dah tukar angan-angan perkahwinan mereka dan ciri-ciri lelaki idaman macam dalam movie tu..terharu kot tengok cerita tu siap nangis-nangis lagi


Fatynn akan terharu dan amat bersyukur kalau dapat jumpa lelaki macam dalam cerita tu..Kalau dipinang sebegitu rupa, tiada alasan untuk fatynn tolak..(ayat feeling ok)


Fatynn akan terus berdoa supaya dipertemukan jodoh sebegitu...



p/s: ibu akan jadi wedding planner fatynn..sukanya :)



Masih banyak yang perlu aku pelajari

Dialog yang matang mematahkan kata-kata aku yang sering menang dalam perdebatan.
Aku terkedu, itulah kali pertama aku kalah------kalah dalam perdebatan mengenai apa 
yang aku percaya melaui logik akal.
Digelar pengecut oleh nya....PENGECUT!! tidak pernah ada dalam kamus hidupku.
tidak pernah ada yang berani menggelarkan aku begitu. hanya KAU, wahai sahabat..


Peliknya, aku tidak menyimpan dendam
sebaliknya ucapan terima kasih yang aku berikan
Kau berjaya membuka ruang lingkup pemikiran aku
supaya lebih luas untuk mengaitkan sesuatu fakta dengan Islam


Dahulunya aku fikirkan aku cukup hebat,petah berbicara
Sungguh aku begitu kerdil rupanya
apabila berdepan dengan mu
aku hilang kata-kata
Otak umpama diserang strok, tak mampu mengeluarkan idea-idea bernas untuk memintas


Aku pantang mengalah
Ya..aku akan bangkit
mendalami lebih ilmu 
untuk lebih berani dalam mempertahankan hujah
Ayuh berentap!!!

image taken from google

Friday, January 13, 2012

if only I can choose

if I know the right pathway
if I know the effect of every decisions
if I know the heart that will break
if I know the person who cares
if I know what is right and what is wrong
if I have the opportunity to choose

I will choose the least pain and more happiness
I will choose friendship rather than to be in relationship
I will choose to enjoy my life to the fullest
without heartbreaks
without tears
without been left out.

If only I can choose !!

Rindu Akan Pesanan Mu Sahabat

Perkenalan yang tidak dijangka
Pertemuan yang singkat
Kau, Aku menjadi akrab
Ukhwah berterusan walau lama tak bersua muka
Sangat lama...
Seingat Aku, kita tak pernah ketemu selepas perkenalan itu



Hadirnya Kau mengubah kehidupanku..
Seringkali Aku terima pesanan Mu..
Mengingatkan Aku.. 
Menyedarkan Aku..
Tika Aku leka mengecapi nikmat dunia..
Akan tanggunjawab Ku terhadap Pencipta Ku..



Semua pesanan disimpan supaya Aku tidak terus hanyut
Maksud tersirat disebalik kata-kata itu
Membuatkan Aku bingung
Kerna Aku bukannya seorang sasterawan
Aku mula belajar menghayati, mencintai nukilan puitis
Menyelami apa yang hendak disampaikan



Tapi..
Kau menyepi..
Kau mendiamkan diri..
Kau seolah-olah menjauhkan diri..
Tiada lagi pesanan-pesanan ilmiah Mu..
Aku bingung..



Aku mula resah
Tiada khabar balas dari Mu
Hilang dalam lamunan sendiri
Hati mula bersuara
Akal mula mentafsir
Langkah masih kaku, beku, terpaku di lokatif yang sama



Sunyi..
Awan hitam mula menutupi sinar Ku..
Perjalanan semakin hilang warnanya..
Hilang sumber inspirasi Ku..
Hilang sahabat.. 
Hilang penasihat..



YA!!
Aku rindu..
Rindu akan tawa Mu
Rindu akan usikan Mu
Rindu akan bicara matang Mu
Paling utama Aku rindu akan pesanan Mu yang sentiasa menyedarkan Ku dari lamunan yang panjang



Aku pasti rindu Ku pada Mu tidak melebihi rindu Ku pada Pencipta Ku yang satu dan juga Junjugan Ku yang Agung..


Sekadar menyatakan rindu Ku terhadap teman yang sangat istimewa



Aku memerlukan kata-kata pemangkin Ku
untuk terus berdiri, bukan untuk bermegah 
bukan untuk menindas
tetapi untuk mengabdikan diri
menjadi hamba yang solehah


Ya Rabb, 
...Aku merinduinya...




Thursday, January 12, 2012

^_^ : pintaku

Ya-Rabbul Ariffin
Tuhanku,Seandainya telah kau takdirkan dia milikku.. tercipta buatku
Dekatkan lah hatinya dengan hatiku
Tetapkan lah kemesraan antara kami
Agar kebahagiaan ini kekal abadi

Ya Muhaimin
Dan Tuhanku
Seiringkan lah kami mengharungi hidup luas ini
Ke tepian yang sejahtera

Ya Rabbul Fatihin
Tetapi Tuhanku yang Maha Pengasih
Seandainya telah kau takdirkan dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandangan ku
Luput dari ingatan ku
Dan peliharalah aku dari kecewa

Ya Rabbul Izzati
Serta Tuhanku yang Maha Mengerti
Berilah aku kekuatan melontar bayangannya ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Dan gelap pekat awan
Agar aku bisa bahagia
Walaupun tanpa dirinya

Ya Rabbul Quddus
Dan Tuhanku
Biar sekuat mana aku menyintainya
Aku pohon agar Tuhanku
Melenyapkan perasaan ini
Sekiranya dia ditakdirkan bukan milikku

Ya Rahman Ya Rahim
Tapi sekiranya dia ditakdirkan untukku
Kupohon agar takdir memperkuatkan kasihku padanya
Selagi tidak melebihi kasihku padaMU

Amin.

Alhamdulillah..dia semakin sihat

Minggu exam sangat memenatkan, tension bagi semua pelajar ijazah sarjana muda tapi kami semua di uji apabila seorang sahabat seperjuangan dimasukkan ke ICU dan keadaannya saat itu sangat kritikal.

Januari 6,2012 / 12.30pm : dapat mesej dari sahabat masa diploma.. 'Izzati dimasukkan ke ICU (KMC) dan memerlukan darah B+ atau O. Niat di hati ingin saja terus pergi Kedah hari tu juga untuk derma tapi apakan daya keesokan harinya ada Exam Bahasa Melayu (LKM 400)..kawan-kawan lain semua jauh, still dekat Shah Alam.. kami hanya mampu berdoa dan terus forward mesej kepada kenalan dan juga melalui fb.

Januari 6,2012 / 7.38pm : dapat mesej dari akak kat Perlis yang mengatakan zati kena operation sebab banyak hilang darah..terus mengalir air mata..lama juga operation tu..Alhamdulillah, kebesaran Allah S.W.T itu ada di mana-mana.. pelajar UiTM terutamanya pelajar diploma datang beramai-ramai dari Perlis. Mereka memenuhi ruang legar sehingga agak sesak situasi di KMC untuk mendermakan darah dan turut melakukan solat hajat beserta bacaan Yaasin. pembedahan berjalan lancar.

Januari 7,2012 : kawan-kawan update dekat fb zati dah stabil..syukur Alhamdulillah.

Januari 9,2012 : syaz upadate perkembangan terbaru zati kat ICU

Januari 10,2012 : lepas exam terus balik SP then pi AS..mak teh dan pak teh bawa fatynn pergi melawat zati..kebetulan mak izzati kawan lama,sekampung mereka..hari ni dia dah pindah wad biasa..rasa lega bila dapat tengok dengan mata sendiri keadaan dia..

Januari 11,2012 : before balik SP, singgah kejap kat KMC..dapat jumpa Za dan K.Seri yang datang dari Shah Alam..sembang dalam dekat sejam, terus pi Shahab Perdana balik SP dulu before balik Penang..

Dengan izin Allah S.W.T dan doa semua, 'Izzati makin sembuh dan nampak semakin kuat..semoga dia terus kuat menghadapi ujian-NYA..

p/s: special thanks to mak teh, pak teh, tib and ayuni sebab tlg antaq fatin spnjg kt sana..




Thursday, January 5, 2012

bermulanya kesejukan hati

"DAN DIJADIKAN KESEJUKAN HATIKU BILA BERADA DALAM SOLATKU"


....jalan kebahagiaan perlu dicari di dalam lautan ilmu, amal soleh dan akhlak mulia....

Aku Yakin





"Aku yakin tulang rusuk ku tidak mungkin akan berubah"

dan

"matahari itu akan tetap menyinari kehidupan ku"

The Quote..

Family isn't always blood connection ------- simply in love with this quote.

makna yang tersirat disebalik kata-kata yang sangat mudah, "keluarga tak semestinya ada pertalian darah".
it's proven!! Dari aspek biologi DNA membuktikan sesorang individu tersebut ahli keluarga kita tapi dari segi logik akal dan lumrah hidup kita sebenarnya mempunya sebuah keluarga yang besar yang tidak ada kaitannya dengan DNA tapi sebaliknya hanya lah berbekalkan sifat humanity (kemanusiaan) yang tinggi.

Alhamdulillah, Fatynn ada bapa, ibu, adik-adik yang sangat supportive.. dalam masa yang sama, fatynn mempunyai kawan-kawan rapat yang sentiasa ada bila fatynn perlukan mereka....nor ayuni, rohaimi, nur syakirah dan nur athirah awatif sangat istimewa...mereka lah kawan-kawan ketawa dan menangis bersama...dan dalam masa yang sama Fatynn ada seorang abang,kakak dan adik yang sentiasa ada masa untuk fatynn.

Bukan semua perkara mudah untuk diungkapkan kepada insan yang mempunyai pertalian darah, yang mempunyai genotype dan phenotype yang hampir serupa...dan kadang-kadang orang luar lebih memahami apa yang kita rasa kerna kita lebih mudah dan jujur untuk meluahkan apa yang terpendam. 

Masalah tak pernah lari dari kehidupan manusia, ia umpama bayang-bayang yang sentiasa mengekori kita dalam setiap langkah dan saat. tak pernah bosan menemani kita. YA!! Masalah selalu membuatkan kita bingung, kurang waras dalam membuat keputusan. tetapi masalah jugalah teman setia yang sering mengajar kita erti sebuah kehidupan dan mengajar kita untuk mengenal insan-insan disekeliling kita.

Fatynn kadang-kadang dah tak mampu untuk berdiri, dan melawan. Lebih mudah tersungkur ke tanah apabila masalah yang menimpa bertuci-tubi tapi itu dugaan dalam proses mematangkan kita. Dalam keadaan itu, fatynn tak perlu risau kerna ramai yang akan menghulurkan tangan dengan senyuman keikhlasan.. Mereka sedia membantu, mendengar segala keluhan yang menimpa WALAUPUN perkara tersebut tidak berkait dengan mereka secara langsung atau mungkin langsung tak ada kaitannya dengan mereka.

Family isn't always blood connection, sememangnya kata-kata penguat bagi fatynn sekarang. Kerna mereka sekarang sudah menjadi sebahagian daripada hidup fatynn, kerna mereka fatynn masih mampu berdiri, mampu tersenyum dan ketawa riang mengecapi nikmat hidup.

Dan fatynn tak sanggup untuk kehilangan mereka, fatynn sanggup untuk tukarkan segala benda yang fatynn sayang termasuk nyawa demi mereka dan keluarga. Mereka keluarga besar fatynn.

Hari ni, dugaan yang menimpa membuatkan fatynn sedar akan kewujudan mereka. Setiap seorang memberikan kata-kata perangsang dan mampu menukarkan air mata kepada ketawa..

"Ya Allah S.W.T. sesungguhnya insan-insan ini tersangat baik, kau rahmati lah perjalanan hidup mereka kerna mereka umpama nyawaku"



Hari ini merupakan lembaran baru bagi suatu perjalanan yang baru. Insya'Allah

(fatynn sayang mereka semua)

Wednesday, January 4, 2012

Tuesday, January 3, 2012

Great Talk

Musim exam without kawan-kawan tersayang buat kali pertama membuatkan fatynn tak senang duduk. I felt the emptiness. Memang ada kawan lain kat sini tapi yang 1 course tu sikit je kat desa ni, yang lain tu desa lain..malam-malam dah tak tau nak kacau sapa.. I miss my old days at UiTM, I miss when Athirah came and knock the door at 1am,when Amy kept talking and when Kyra became blurry at one moment. Kesimpulannya, saya sangat merindui mereka. Tak sabar tunggu cuti sem yang 4 bulan tu. We're planning for a vacation.

Dah bosan sangat kat bilik, sampai migrain ngadap laptop dan buku-buku yang bertimbun mengalahkan bilik professor. Terus capai phone and call my little brother. (nasib la kau kenan dengar semua luahan hati)
happy dah dengar suara dia tapi damn oh tidak dia tengah meeting. Lepas telan panadol sebab memang rasa cam nak demam terus letak kepala atas bantal, kalau ngadap buku pun memang confirm dah tak masuk---tiba-tiba phone pun vibrate yang sangat la kuat sampai boleh kejutkan fatynn yang tengah tidoq. dah rasa macam ala-ala kat jepun lak.. It's him!! dia dah habis meeting and it's ok kalau nak call..

YES!! akhirnya boleh juga release tension. Amik kau, sembang tak ingat dunia sampai battery phone pon dah K.O... then sambung balik dalam 10 minit. Dia dah suruh fatynn study sebab dia pun nak tidoq.

TQ!! sayang kau lebih la..hahaha..

p/s: balik elok-elok ye...(HEY FATYNN, buku dah panggil tu..)


..good luck bagi yang dah start paper hari ni..

Assalamualaikum

Monday, January 2, 2012

pandangan saya sebagai mahasiswi

Hari ni penuh kat mana-mana blog, facebook, twitter, website-website tentang kes "polis belasah mahasiswa"..

Pandangan peribadi fatynn, fatynn tak akan masuk campur hal politik ni dengan pelajaran. Antara sebab musabah la..cuba fikirkan balik masa kita kecik-kecik, ibu bapa kita selalu pesan belajar rajin-rajin jadi orang berguna pada agama-bangsa-dan negara.. macam-macam depa buat nak bagi kita jadi orang berguna, hantar pi tadika-sekolah-sampailah uni.. Mengenangkan pesanan ni la, bagi fatynn tujuan utama fatynn kat uni ni nak buat ibu bapa fatynn happy dan bangga ada anak cam fatynn dan nak merealisasikan impian mereka tengok fatynn adik beradik berjaya dan jadi orang berguna.

Kadang-kadang fatynn rasa sangat beruntung bila ibu dan bapa fatynn tak dedahkan sangat tentang politik kat kami adik beradik dari kecik sampailah zaman persekolahan,mereka nak fatynn pertimbangkan dengan akal dan hati dan bukannya terima bulat-bulat ungkapan orang lain.

Mungkin boleh fatynn katakan yang fatynn setuju kata-kata Tun Dr Mahathir Mohamad supaya mahasiswa/i belajar dulu tamatkan dulu pengajian mereka yang cuma 3/4 tahun baru libatkan diri dengan politik. Mahasiswa/i perlu sedar yang kita belajar menggunakan duit rakyat, jumlah pengajian kita bukannya murah dan kejadian berdarah tu bukannya yang diharapkan oleh rakyat. Kejadian ni pula jadi time semua student degree tengah sibuk dengan Final Exam.

Jujur fatynn katakan, keadaan ni bukan apa yang kita nak lihat dan fatynn dah penat membaca pelbagai spekulasi dari pelbagai pihak dalam semua laman sesawang. Tolong lah ingat tujuan asal kita masuk universiti--kasihan akan keluarga kita--kenang akan titik peluh ibu bapa kita--bagaimana nasib bangsa kita..

So, apa kata kita belajar dulu dapat keputusan baik,kerja baik,ada pendapatan sendiri kemudian terpulang lah kita nak libatkan diri dalam apa aktiviti pun tapi yang penting suma berlandaskan Islam yang sebenar-benarnya yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW.

AUKU yang menjadi masalah utama, tapi bagi fatynn, fatynn tak rasa AUKU tu mengganggu proses pembelajaran fatynn dari diploma sampailah degree. Selami yang tersirat dalam sesuatu yang termaktub. fatynn dah di dedahkan dengan AUKU sejak diploma dan bagi fatynn ada kebaikannya..kadang-kadang tak semua perkara perlu di ubah.

Itu cuma pandangan fatynn sebagai seorang mahasiswi dan fatynn tak menyalahkan mana-mana pihak sebab kita semua akan melakukan kesalahan termasuklah diri fatynn sendiri.

Fatynn doakan semua ni akan berakhir dengan cepat dan aman. Semoga semua peroleh kebaikan.. Fokus untuk final exam "ada sapa-sapa nak bagi tips tentang subject bio tak?" :-)

Sunday, January 1, 2012

AZAM TAHUN BARU DAN FINAL EXAM

mudah-mudahan..Insya'Allah
Dah masuk tahun baru, mesti semua tanya tentang azam tapi bagi fatynn senang ja jawapannya "TAK PERLU TANYA" sebab fatynn tau apa yang fatynn nak dalam hidup, jadi untuk capai semua impian tu fatynn perlu berusaha dari sekarang, Insya'Allah sekiranya Allah SWT mengizinkan, semua tu akan termakbul dan bukannya sekadar angan-angan atau omongan kosong fatynn..

tahun lepas bukan main cakap takpa final tahun depan kan..ha sekarang dah masuk tahun 2012, exam ada lagi 4 hari ja..mampus ko...hehe..

ni apa yang terjadi kat dalam bilik bila sorang-sorang ja, roomate pun tak balik lagi..

kata-kata semangat

from lecturers

postcard from tokyo

TQ Dr. Erick

Terima Kasih En. Tan

genetics!!

banyaknya

oh buku-buku
Good Luck!! dean's list ramai-ramai yok!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...