We are getting older

Tuesday, March 29, 2011

Last day kerja

atas alasan-alasan yang munasabah dan dirahsiakan, saya pun submit la surat resignation kat supervisor..
tapi kan staf-staf sini suma baik-baik dan happening..


ni la fizah yg sudi share makanan tu
last day kerja time rehat waktu petang tu, hafizah or kami semua panggil fizah je, sangat la berbesar hati untuk kongsi nasi ayam yang mak dia masak..sangat sedap k..


sebab x sempat nak beli apa-apa gift dekat mereka semua, saya pun pergi je kedai roti kat sebelah tu dan beli chocolate ball untuk dorang..HOPE sedap la..sebab saya pun x pernah makan, tapi kalau kek-kek kat sana semua sedap-sedap..

lilin dalam pelita


masa duk sibuk nak tutup lampu nak tutup kedai, kak yin(asst supervisor) pn datang dan bagi hadiah..surprise..and really thankful..hadiah ni dia share dengan kak liew(supervisor).








rindu kamu suma dan juga akak-akak dan abg-abg yang friendly kat kedai kek and seven eleven tu....

A Day Out With My BFF

 A day out with my bff..
am totally happy
A horrible week was healed by a short day out with one of my bff.. our 1st destination is the pharmacy, Zuffa Pharmacy if I’m not mistaken at Taman Ria..Bought some medicine for ayu’s mum..then,went to a bridal shop(forgot the name) which located in Lagenda Heights, bought  ribbons for her sis “hantaran”.. She told me that the wedding will due in May, lots of thing to accomplish for that big day..
Best part ever is “MAKAN TIME”.. ayu had her favorites dish-Pan Fried Chicken Marryland and apple juice and Famous Fish and Chip(tartar) for me with cold barley..Nice food with reasonable price especially for young ladies like us that (did not has any career at this moment, will be professional career women one day, after finishing our studies). TQ HOTMAS for that delicious western food but the coleslaw was a bit sour but never mind it’s still ok.
Thank you Ayu, you are truly my Best Friend Forever..
the foods

ayuni..BFF

jam orange ok




the bill
p/s : I love my other BFF too..OK..

Monday, March 21, 2011

am i working?

March 21, 2011-Majlis Perbandaran Kulim KEDAH

Today is my off day as sales assistant, so I decided to woke up early in the morning and went for a ride to my mum office..actually not exactly wanted to go there: MPKK but went for a "resdung" treatment nearby, am surprising to knew that the treatment not only can be done on your face but also at other part of our body..interesting right? 

Tok (in Kedah we usually call granny with this name) says that this little monster that cause most of the sickness to our body..where ever we feel pain,then we can found this creatures..

she used long tube made from white cotton cloth to wrap some traditional herbs and burned the tube on one edge and the other edge was placed to any parts of our body or at the place where pain always strike us. 

if you see the fire burn the cloth slowly, so better get prepared with mirror so that you can look at how it looks..you gonna see yellow powder(sometimes with little blood of your own) came out and its blood will turn to black when it burn. How awful to discover how this little creatures can harm our body.

For example, if you suffer headache then the treatment will be done on your head, asthma (at your chest), hand, foot and etc.

after all the treatment, then went for brunch(breakfirst + lunch) with my mum and a friend of her..of course my mum the one who paid for all this..tq ibu..love u ( i can save my money for something else...oops, u  guys won't tell her bout this right..)

next destination, her office for sure..do not expect me to be at my house(erks, i mean my dad n mum house).. luckily, one of her friends on leave, so here i am at his desk (sorry abg bob cause i messed up your table) and more beneficial that i brought my lappy with me so that i can wrote this since its being a while i did not post anything(very bz with my task as sales asst.kind of i think)

here some snap of me when i am lost what should i do here..im not in the architectural area, so am zero bout all the plan, landscape and all the proposal (haha, science student in this field..Can't get along) the chemistry isn't there..  




bored

haha..bwekk

looking at?

new beginning, time, goals
NICE

Friday, February 11, 2011

tak malu la

sorry sangat-sangat sebab lama tak update..sekarang ni sibuk sikit..yela, dah dapat kerja sementara as sale assistant..sebab kerja tentula nak duit tapi bukan tu ja sementara nak tunggu sambung degree bulan september ni perlu la isi masa terluang tu kan..sekurang-kurangnya ada duit poket sendiri yang boleh dijadikan bekalan masa degree nanti..hehe..Insya'Allah boleh la bagi sikit kat my beloved parents (IBU BAPA)..


kerja ikut syif, so da syif pagi, tengah hari dan full (maksudnya pagi sampai la malam)..pelbagai ragam pelanggan yang dapat tengok..lama tak rasa cam ni..dulu pernah la kerja jap pas SPM..

apa-apa pun "customer is Always RIGHT OKAY DEAR FRIEND"....

Kali ni tak ada picture untuk korang suma tengok..SORRY YE!! :(..

ALASAN 1: kena bagi mobile phone kat kaunter before masuk kerja..NO PHONE ALLOWED time kerja je la..rehat leh la guna..

ALASAN 2 : Saya tak bawa kamera..

ALASAN 3 : Saya suka merayau-rayau time rehat..

entri berikutnya,saya akan cuba sertakan gambar-gambar di tempat kerja tu ye..INSYA'ALLAH

Thursday, February 3, 2011

KAMI-KITA~ convent till now


friends forever
Entri ni ada kaitan dengan entri sebelum ni...memang best bila dapat jumpa tapi kali ni lain sikit..KENAPA?
walaupun terukir senyuman tetapi ada tersirat rasa hiba menyelubungi hati KAMI..
fly with NZ Air

Insya'Allah ini bukan pertemuan KITA yang terakhir, cuma berpisah untuk satu jangka masa yang dah di tetapkan..Doa KAMI, sahabat KAMI (Nur Izzati) akan sentiasa dipermudahkan segala apa yang dilakukan, di anugerahkan keselamatan, kesihatan dan kejayaan duniawi dan ukhrawi sepanjang berada di bumi NEW ZEALAND dan di mana jua kakinya melangkah...

 (agak-agak kat mana la izzati duk nanti)
peta new zealand

Kenangan bersama
kenyang perut senang hati(before dini balik)

rehat jap..letih jalan-jalan

zaeen~bz woman
rambang mata

suka fad dikelilingi aksesori

apa la yanie duk bebel tu

tangga pun jadi

background lawa

p/s: tq blanja kami semua
we wish you all the best izzati..going to miss you damn much..LOVE YOU <3


Sincerely from us : me(fatynn), nieja, zaeen, fad, farahani, yanie, dini











Merelakan Pemergian ;(

MENGAPA?

Setelah bertahun lamanya kami berkawan walaupun masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing tapi tetap ada masa untuk kami berjumpa, jalan-jalan, bersuka-ria, makan-makan, shopping, gelak tawa, usik- mengusik..

TAPI

Selepas ni dah tak sama lagi.. sedihnya bila fikirkan tentang ni..kristal ini kami tahan supaya tidak mengalir..

TAK SANGGUP !!

Berpisah untuk satu jangka masa yang lama, beribu-ribu km/batu,merentas lautan dan benua..bukan ini saja, malah masa dan cuaca pun berlainan..

REDHA

Kami sedar ini lah pengorbanan demi masa depan yang di dambakan.. Insya'Allah kami mampu melaluinya dengan tabah..

SELAMAT JALAN SAHABAT..

Hanya ini sebagai pengubat rindu tika kita berjauhan, penguat semangat tika kita kesusahan.. ingat la wahai sahabat KAMI semua tetap mendoakan kejayaan dan keselamatanmu di sana..KAMI bersedia untuk berkongsi susah dan senang bersama atas nama SAHABAT yang teramat bernilai..TALI PERSAUDARAAN ini tidak akan terputus walau masa dan tempat memisahkan KITA.. INSYA'ALLAH..

dari sahabat untuk mu sahabat.

Saturday, January 29, 2011

kahwin..kahwin and kahwin

SEJUK betul kat sini, hujan tak henti-henti ditambah lagi dengan kedinginan kawasan pergunungan..rasa bosan, jadi saja-saja nak tulis tentang ni.. :D

Macam pelik ja kan tiba-tiba nk cakap tentang ni..muda-muda dah gatal( NO!! NO!! NO!!)
bukan sebab tu tapi dh menjelang cuti umum ni ramai la yang dah booking tarikh untuk hari-hari bersejarah mereka..so, kad undangan pun mula diedarkan..

So, pada pendapat korang semua, umur berapa la si gadis sesuai mndirikan rumah tangga..kadang-kadang tu muda lagi orang dah sibuk tanya, bila dah melepasi 25 tahun makin ramai yang tolong risau..apa salahnya si gadis tu kahwin lambat sikit..sekarang ni si gadis pun dah banyak tanggungjawab dan perkara lain yang perlu difikirkan..contohnya:

1) habis degree kna fikir kerja juga
2) dah kerja, nak juga bantu menyenangkan ibu bapa dulu..nak juga mereka merasa hasil titik peluh anak  mereka
3) nak beli kereta dan kumpul aset sbg "first aid" di waktu kecemasan
4) sambung belajar lagi (master,PHD dan lain-lain)
5) nak betul-betul well prepare kan dengan semua ilmu duniawi dan ukhrawi

p/s:OK, di atas tu hanya contoh..tu apa yang aku fikirkan la..tapi rasanya semuanya hampir sama kan kan..


Pada yang di luar sana jangan la asyik tanya soalan tu, tentu ada sebab tertentu lagipun jodoh, pertemuan, ajal semua dah tertulis..jadi jangan nak mempertikai atau membanding-bandingkan orang lain..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...