We are getting older

Saturday, February 25, 2012

yakin

"Ikhlas itu ada saat kita merasakan bukan apa-apa..
Sabar itu ada saat kita tetap menjalaninya tanpa keluh kesah..
Semangat itu membara saat kita yakin Allah tidak akan mengecewakan kita..
Yakinlah semua yang Allah takdirkan untuk kita adalah yang terbaik meski yang terbaik tak selalu jadi yang terindah.."

-avoid-

Monday, February 6, 2012

random....

Ketika Allah menginginkan dua hati bertemu, Dia akan menggerakkan keduanya..
tidak hanya salah satu
dan apabila dua hati mengingati yang SATU
maka mudahlah bagi keduanya untuk bersatu.....

Friday, February 3, 2012

langit dan bintang

Kehidupan hiruk pikuk kota membebankan
Kepala pusing Otak serabut
Tak sempat menghayati keindahan alam



tapi kadang-kadang keluar juga cari bintang
kecewa sangat susah nak tengok bintang yang banyak di langit



Rindu gambaran langit Tasik Banding, Sungai Pahang dan Sungai Sarawak..
Rindu juga langit Arau...Rindu juga langit Singkir...begitu langit Tasik Bris...



Tak sangka sama macam dalam tv
Macam kartun ja tapi betul



Sini jumpa satu bintang dah kira bersyukur
Kalau tak kelam je



Idea mencurah-curah bila tenung bintang dan langit
Masa berlalu tidak disedari



Malam ni bintang sembunyi lagi



Teringin nak jejak kaki ke tempat yang dapat lihat banyak bintang
Rindu sangat baring sambil tenung bintang dengan kawan-kawan rapat



Kalau la dapat hentikan masa buat sementara..
itulah masa yang sangat indah..

Sunday, January 29, 2012

tika semua itu berlaku

tika kita rasakan hari kian suram, sebenarnya masih ada sinar yang menanti..

tika kita rasakan sudah tidak berdaya, sebenarnya masih ada kekuatan untuk berdiri...

tika kita rasakan kita berseorangan, sebenarnya masih ramai yang menyokong padu...

tika kita rasa kehilangan, sebenarnya DIA sentiasa ada untuk hamba-NYA...


tika kita sedar, teruslah mencari...supaya kita tidak alpa...

Wednesday, January 25, 2012

selami maksud tersirat

Taman hati yang dulunya berseri 
dikelilingi bunga bersemi,





Kini semakin kering,
semakin layu,
semakin mati....





Tiada gunanya mentari bersinar jika duri berhutan,
Tiada gunanya air mengalir jika rumput mengemis,





Dan apabila bah melanda,
rosaklah segalanya....





Namun mungkinkah pelangi berseri
disebalik gunung yang sunyi...?...


image taken from http://doroteos2.files.wordpress.com/2011/09/garden-4.jpg



(aku masih cuba menyelami maksud tersirat yang terkandung di sebalik gambaran yang diberi)

Thursday, January 19, 2012

Tangisan

Tangisan..
Bukan tandanya aku lemah
Bukan tandanya aku minta simpati
Bukan tandanya aku mengada-ngada

tetapi

Tangisan Ini...
Lahir kerana aku telah lama menjadi kuat
Lahir kerana aku tidak mampu menahannya lagi
Lahir kerana aku perlukannya

tangisan ku cuma tanda aku jua punya perasaan

Tuesday, January 17, 2012

I'M IN LOVE WITH MR IGUANA


Kalau la ada yang nak bagi hadiah birthday iguana seekor...
Kalau la ibu bagi bela...
Kalau la mereka suma kata iguana comel
mesti dah bahagia layan perasaan dengan encik iguana..

I LOVE YOU MR IGUANA

"nampak ja ayu tapi jiwa eksotik kot..memang sesuai jadi budak bio"
"ayu itu harus, sayangi haiwan itu wajib, cintai iguana bahagia"




perumpamaan apa la si fatynn ni pakai..tak boleh pakai langsung..abaikan..

zaijian..assalamualaikum...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...