We are getting older

Wednesday, January 12, 2011

MANGSA KEADAAN..SALAH SIAPA?

kembalikan senyuman kami


Kita semua mangsa keadaan, kadang-kadang tersepit di antara fantasi dan realiti. Bila usia dah menginjak dewasa kita sering diselubungi dengan pelbagai masalah yang kadang-kadang bukan berpunca dari diri kita sendiri atau tak pernah kita pinta.. masalah kewangan, tempat kerja, rakan-rakan, keluarga, uijan, kuiz, “assignment”, cinta dan macam-macam lagi..

Mungkin kita pernah terfikir alangkah indahnya hidup kalau dapat jadi kanak-kanak semula..tak ada masalah yang besar yang perlu difikirkan mungkin setakat gaduh-gaduh manja je (“Aku tak mau kawan ang dah”) satu ayat yang sering kali di ungkap tapi akan dapat dilupakan dengan mudahnya tanpa tersemat secebis perasaan hasad dengki (PHD)..kalau PHD ni menular binasa lah manusia..zaman kanak—kanak yang dilalui dengan penuh gembira hanya perlu bermain dan merengek.. =) ....

                  zaman kanak-kanak kita memang best tapi zaman kanak-kanak sekarang macam mana?
TAPI ini semua tak dapat di kecapi oleh sebahagian besar kanak-kanak di era moden ni.. kecanggihan dan kemodenan yang dikecapi yang kononnya untuk memudahkan perjalanan hidup kita sebagai manusia tetapi pada masa yang sama telah meragut kebahagiaan sebenar yang harus dirasai oleh kanak-kanak.. mana tak nya, seawal mungkin ibu bapa akan mula menghantar anak-anak mereka ke kelas tuisyen dan sebagainya..pagi ke sekolah, balik sekolah tuisyen, malam kelas agama, hujung minggu kelas piano, melukis, ballet, golf, dll. Itu semua belum lagi kerja sekolah yang harus dilaksanakan.. tak dinafikan semua ni penting tapi ibu bapa harus tau minat anak-anak dan bukannya merealisasikan impian ibu bapa yang tidak kesampaian..(perlu seimbangkan antara pelajaran duniawi, bekalan akhirat dan juga pembentukan peribadi kanak-kanak)

Bab pelajaran tak dipertikaikan sangat tapi yang geram sangat ni bab kes dera-mendera ni..kanak-kanak dan wanita serta warga emas bukannya “punch bag” yang boleh di tumbuk-tumbuk, di tendang-tendang sampai yang tinggal cuma sekujur tubuk yang kaku tak lagi bernyawa..alasan mereka, TEKANAN..magsa mereka lagi tertekan.. TAHUKAH ANDA, yang manusia ni ada deria sakit..tak tau nak kategorikan mereka yang suka sangat buat manusia lain macam “punch bag” ni dalam “KINGDOM” mana satu..Animalia pn bukan,Plantae macam tak logik, alien kah? Rasanya alien pun sayang anak (berdasarkan cerita-cerita kat tv)..ni mesti spesies baru!!(kena refer ancestor mereka-mereka ni). SUDAH TENTU KITA TAK NAK KEMBALI KE ZAMAN NI KAN!!!!

So, kalau tak nak anak jangan la suka-suka hati je buang, sekurang-kurangnya tinggal la insan-insan tak berdosa ni dekat mana-mana pusat perlindungan yang ada..jangan dera kanak-kanak, kerana mereka ini berpotensi membesar dalam keadaan trauma yang kemungkinan menghantui hidup mereka bila dewasa kelak, kita tak nak rakyat Malaysia majoritinya menghidapi masalah kecelaruan identiti..Hormatilah warga emas kerna suatu hari nanti kita juga akan melalui fasa itu dan wanita pula terjadi dari rusuk lelaki bukan untuk dikasari tetapi untuk disayangi dan dibimbing, mana datangnya bayang lurus jikalau asalnya dari kayu yang bengkok. Ibu yang mengandung dan melahirkan kita adalah wanita, ingatlah syurga itu ditelapak kaki seorang ibu..jadi hormati dan sayangilah insan-insan di atas.

   Sebagai renungan kita bersama atas apa yang berleluasa dalam masyarakat moden hari ini.

3 comments:

Kyra said...

btul 2...
org skang ni lbih truk dr binatang kot..
zaman skang sgtla mnakutkn...
+_+

budak comei said...

sensitip dengar perkataan "kingdom" "animalia" "plantae" ni tau!

= fatynn = said...

kyra riffin: stuju sgt..tkot nk kuar rumah byk sgt kna pk..

budak comei: sy suka..maaf klau awak senstve...bio n me <3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...