We are getting older

Monday, November 28, 2011

Berada di dunia yang sangat berbeza

Dunia yang kebanyakkan kita lalui mungkin lebih kurang sama, bangun awal pagi, pergi kerja/kuliah, petang balik rumah/bilik rehat, malam meeting, weekend bpersatuan atau leisure dengan kawan-kawan/ insan tersayang..

tapi semalam November 25, 2011, fatynn dan kawan-kawan berpeluang menjengah ke satu dunia yang amat janggal bagi kami yang tak pernah kami bayangkan untuk berada sebegitu dekat dengan mereka. Demi menjayakan modus operandi Selamatkan Gelandangan di bawah Kempen Tangisan Jiwa 3 Sekretariat Sukarelawan USM, kami cuba menyelami kehidupan mereka.

Kami berkumnpul jam 10.30 malam dan diberikan taklimat sebelum menuju ke destinasi yang telah di "highlight" kan oleh MT Sekretariat.. serius berdebar juga sebab ini pertama kali ikut aktiviti macam ni. Sampai ja kat sana ( tak pasti nama jalan tapi dekat area Nasi Kandar Beratur sebelah masjid ), kami diagihkan kepada 3 kumpulan. berdiri di tepi jalan beramai-ramai sambil pakai vest dah macam pegawai pencegah maksiat memang berjaya menarik tumpuan semua orang di sana termasuk pemandu-pemandu kenderaan yang tertanya-tanya apa la yang di buat budak-budak ni tengah-tengah malam ni. tapi apa kami peduli, yang penting nawaitu.. Sementara menunggu abang-abang polis, sesi camwhore pun berlangsung dengan gah nya..hehe

Then, datang 6 orang anggota polis yang akan mengawal pergerakan kami demi memastikan keselamatan kami semua. ada sedikit briefing dari anggota polis tersebut. seorang anggota polis berjalan bersama setiap kumpulan manakala yang lain akan meronda dengan kenderaan mereka. Tepat pukul 12 tengah malam kami memulakan misi kami.

Nervous pada mulanya nak approached pakcik- pakcik yang tengah tidur, risau kalau di marah tapi Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Pelbagai cerita hidup yang dikongsikan oleh mereka, walaupun ada antara mereka yang tidak fasih berbahasa melayu atau berbahasa inggeris, tapi dari bahasa tubuh mereka, kami dapat faham derita mereka. ada antara mereka yang meraih simpati dan menangis tapi apakan daya, kami hanya mampu mendengar.

Malam tu tak ramai gelandangan yang kami jumpa, mungkin sebab hujan pada awalnya, misi tetap di teruskan. Berjalan kaki pusing Penang la juga, jalan waktu malam tak terasa jauhnya. sunyi, aman ja sebab tak banyak kenderaan.. malam minggu yang lengang.. sambil berjalan mencari gelandangan, kami juga menghayati keindahan Georgetown dan isi tinggalan sejarahnya ( macam lawatan sambil belajar la juga ). Pak cik polis yang berssama kami amat ramah dan menerangkan selok belok keadaan di sana.

Sedih bila tengok anak bangsa sendiri yang sanggup merosakkan hidup dan masa depan mereka, dan membelakangkan agama demi tuntutan nafsu. Dalam perjalanan, kami dapat lihat ramainya muda mudi yang berpeleseran pada awal pagi tanpa mengira batas-batas pergaulan. Ada juga yang sedang hanyut dek bau-bauan "GAM", yang merempit, drift, dan mempamerkan nilai moral yang amat rendah. Di usik oleh mereka tidak kira muda atau tua, tapi usikan terssebut sekadar dari reaksi muka atau bunyi-bunyian sumbang tidak lebih dari itu (nasib baik ada polis yang escort). Ada antara pelacur atau "NYAH" yang lari apabila nampak kami (sebenarnya sebab nampak encik polis yang segak beruniform).

Ada antara yang gelandangan memanggil dan meminta makanan tanpa kami berikan..tak kurang juga ada antara mereka yang bagi tau mereka bujang. MOTIF? fikirkan sendiri.

Dikejar 4 ekor anjing antara pengalaman yang tak dapat dilupakan..nasib baik la ramai-ramai.. sepanjang menjalankan operasi, kami diancam oleh anjing-anjing yang diperlihara untuk menjaga kediaman di situ. untunglah tuan-tuan anjing tersebut keluar untuk menenangkan anjing kerana mereka faham akan misi kami lebih-lebih lagi dengan kehadiran encik polis yang gagah perkasa. tapi masa on the way nak berkumpul, kami hampir-hampir dikejar (masa ni dah tak ada encik polis).

Tepat pukul 3 pagi,operasi kami berakhir dan kami menuju ke USM demi bantal dan katil tercinta. sepanjang perjalanan balik, kelihatan ramai anak muda yang masih aktif bergembira di persisiran laut dan ada juga lelaki-lelaki yang membuat isyarat meminta no telefon pelajar-pelajar dari dalam kenderaan mereka..

Satu pengalaman untuk menyedarkan kita bahawa ada manusia dari golongan minoriti yang lebih susah yang hidup pada 1 dunia yang berbeza dari golongan majoriti. Jadi luaskan pandangan dan skop pemikiran kita untuk melihat dunia mereka dan membantu mengeluarkan mereka dari dunia yang gelap.

Renungkan lah :-D
Kami sukarelawan

tetap ceria walaupun dah pagi
noted : gambar misi kami tak dipaparkan.. maaf :-)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...