We are getting older

Saturday, December 31, 2011

BILA DIA DAH NAK KAHWIN…

Dia yang dimaksudkan dalam entri ni bukan lah ex-boyfriend ataupun DHIA dalam cerita TENTANG DHIA tu, tapi seorang abang yang dah nak kahwin. Cepat betul masa berlalu.

Kalau korang semua perasan la, wish list fatynn masa zaman kanak-kanak nak ada seorang abang. Pelik kan? Dipendekkan cerita, fatynn ni anak sulung dalam family tapi bukanlah cucu sulung on both side. So, fatynn ada la cousin-cousin yang dah besar la yang selalu memanjakan fatynn.. Bila masuk tadika dan sekolah rendah, kawan-kawan semua cakap ada abang tu best, “TERSANGAT BEST” la. Ada kakak tu best bila kita dah besar ja. Itu apa yang kawan-kawan cerita. Since that day, fatynn selalu la tertanya-tanya kenapa fatynn anak sulung? Kenapa tak ada abang?

Cousin-cousin lelaki yang berpangkat abang pun memainkan peranan yang hebat dengan menjadi abang yang sangat “COOL” sebab melayan kerenah fatynn. Tapi bila fatynn dah makin besar, dorang pulak kahwin dan ada tanggung jawab kat family masing-masing—tapi dorang masih “COOL” ok.

Then, fatynn kenal sorang mamat ni masa Form 4. Dia tolong guide scout sekolah kami. Sebenarnya ramai dah tuan-tuan yang silih berganti guide kat sekolah tu. Tapi time ni fatynn kan dah masuk dunia ke-senior-an la sebab Form 5 scout masa tu tak aktif. Masa form 4 fatynn naib pengerusi scout dan dalam scout ni Teoh a.k.a Miko, Loh, Nazirah a.k.a Z (rindu mereka be-3)memang sekepala habeh la..memang dikerjakan la tuan-tuan yang nak ngajar kami ni sebab semua duk control handsome. Kami sekolah perempuan semua, so, semua tu tak perlu, rasa cam annoying ja.

Cikgu pun panggil la 2 orang tuan ni datang sekolah, sorang tua sorang muda.. Pengakuan jujur dan ikhlas ada ja yang kami cakap tentang dorang..haha

Masuk tahun seterusnya, dah Form 5—time ni dah super duper senior. Kami tukar struktur organisasi, yang Form 5 suma pegang jawatan besar-besar dan yang junior jadi Naib-Naib. Kami berempat MT scout: si Miko (dia suka nama ni bila ada iklan ayaq miko)-pengerusi, Loh-naib pengerusi,Fatynn-S/U dan Z(ni nama glam sekarang)- naib S/U. Memang havoc la, siap ada lak junior-junior Form 1 yang memang wayar putus ( DEPA LA JUNIOR TERBAIK BAQ HANG ). Kami MT bergabung dgn junior-junior duk mengata depa dua..(AMPUN YA)

Tiap-tiap kali kami suma rasa nak pi toilet, mesti depa mai-----tiap-tiap kali depa mai mesti nak pi toilet..tak tau la kenapa tapi ni semua jadi kat MT ja (tu la ngumpat sangat kan). Kami memang nakal habis la, anak-anak buah semua kena masuk baris tapi MT selalu ja hilang. Ada ja alasan, kena beli makanan la, cikgu panggil la, ada kerja la. TAPI mereka lah tuan yang paling sporting sekali, tak marah pun kami buat macam tu. Bila nak eksperimen formasi kawad dorang or nak dijadikan demo, MT la kena. Nak tau tak kenapa depa tak marah, jawapannya sebab kami COMEL SANGAT (ok, perasan!!) sebenarnya dah bagi depa makan kenyang-kenyang. Cikgu selalu suruh kami beli siap-siap makanan dan minuman yang mencukupi (lebih lagi OK). Dorang ni sangat baik, minta tolong ja, semua boleh..TERBAIK LA.. Badan beruniform lain ada??

Then, lepas sekolah baru la declare si Encik Izzan ni jadi abang..(saja guna ayat declare).  Thanks to him, dia dah Berjaya merealisasikan impian ada abang. He such a good listener, bila korang nangis dan nak cari orang untuk buat korang ketawa, dia la orangnya sebab dia akan ketawa kalau korang nangis---dia ketawa memang ikhlas gila gelak jahat,maunya tak gelak. Dia sangat happy go lucky tapi kadang-kadang annoying sebab dia suka menyakat ( memang boleh bagi award siap trophy tinggi-tinggi). Dia seorang “kaunselor” yang beretika la sebab kalau ceita masalah pun confirm tak bocor la rahsia korang. Dia ni juga jenis yang senang nak minta tolong, pemurah lagi..(ayat bodek) haha.. dia juga jenis yang boleh dibawa berbincang dan boleh terima pandangan orang tak kisah la kalau orang tu muda dari dia. Banyak lagi la kalau nak tulis tapi kesimpulannya dia ni jenis yang multi-good personality yang seorang abang patut ada la.

Dulu tiap-tiap kali jumpa or call or message mesti tanya dia soalan yang sama for the past 5 years, “Bila abang nak kahwin,dah tua pun tak mau kahwin lagi”. Tiap hari la doa bagi dia jumpa jodoh yang sesuai dengan cepat. Yes!! HOORAY!!, sekarang dia dah jumpa jodoh dia, kak Intan la perempuan yang bertuah tu. Untungggg kak Intan. Best part is dorang ni perangai sama ja cam budak-budak and kuat menyakat yang amat. Dorang dah tunang, next year bakal diijabkabulkan.

So, my big brother going to be someone husband. Happy sangat but at the same time ada la sedih sikit(sikit sangat dalam 0.00001 je). Lepas ni tak da dah ngadu-ngadu bagai..

As an advance wish for both of them, fatynn doakan abang dan kak Intan bahagia hingga ke anak cucu cicit piut etc. dan hingga ke akhirat kelak. Insya’Allah. Semoga melayari bahtera perkahwinan dengan happy je dan sentiasa di bawah rahmat Allah SWT. KORANG MEMANG SUPERB LA!!.. SAYANG KORANG..MUAHAHA (gelak jahat harus ada)




2011 dah nak habes..

Tahun 2011 dah nak melabuhkan tirainya, apa yang dah kita lakukan sepanjang tahun ni? Adakah kita berjaya melaksanakan semua azam-azam kita sebelum ni. Kalau belum mungkin kita sepatutnya berhenti mengatakan azam yang kadang-kadang sekadar angan –angan kosong sebaliknya memfokuskan kepada azam tahun sebelumnya.
Tapi bukan nak cakap tentang apa azam semua,tajuk ni fatynn simpan utuk entri tahun 2012..cewahhhh, kelas kan!! Siap dah tajuk untuk 1.1.2012..
Sebenarnya fatynn cuma nak senaraikan wish list fatynn apa yg dh terlaksana dan apa yang belum.. yang belum ni terpaksa la berusaha lebih gigih tahun hadapan. Kalau ada yang murah hati nak tolong laksanakan pun, Alhamdulillah (-= .
WISH LIST FATYNN
~time kanak-kanak :
1)      Lulus PTS -----> yeay!!
2)      Roller blade (time ni famous)-----> yeay!!
3)      Basikal-----> done
4)      Cekak rambut Minnie Mouse-----> yeay!!
5)      Elder brother-----> yeay!!

Time kanak-kanak tak banyak sangat wish list sebab bila dapat result elok ja tiap-tiap kali exam  mesti dapat hadiah..

~time sekolah menengah la :
1)      Handphone(tak kisah la phone apa pun janji ada)-----> yeay!!                                            
2)      Komik-komik anime-----> yeay!!                                                                                      
3)      Masuk U-----> yeay!!                                                                                                         

Masa ni lagi la tak pernah terfikir pun wish list bebanyak sebab fatynn enjoy zaman sekolah. Memang zaman paling best kot.

~time dah matang-matang la ni :
1)      Dekan tiap-tiap sem (AMIK KAU)
2)      Smartphone (trend sekarang kan)
K   Nak buat umrah dan haji kat Makkah dengan family
4)     Kereta yang paling mahal(hehe,kalau mampu)
      Kumpul aset (demi masa depan)
5)      Buka Bakery untuk ibu
6)      Bayar hutang PTPTN
7)      Muslimah sejati (on going process)-----> Insya’Allah

Setakat ni itu je la wish list ala-ala matang sikit yang bersesuaian dengan peningkatan umur tapi ni suma belum tercapai. Wish list yang 1st tu yang akan membantu untuk mencapai wish list seterusnya. Fatynn yakin semua ni mampu fatynn laksanakan, INSYA’ALLAH.. Allah SWT sentiasa berada di samping hambanya.

Sunday, December 25, 2011

Final Exam saya tahun depan

minggu pembelajaran dah abis..yeay..tak ada assignment kena hantar,test dan quiz pun tak perlu jawab lagi.
sekarang dah masuk minggu study week, maksud study week tu minggu belajar tapi minggu belajar/mengulangkaji fatynn di rumah..wahh suka suka..

relaks arr, chill arr final exam ka tahun hadapan 2012,sekarang baru 2011. OK!! sangat tak sedar diri yang ama,memang la sekarang ni baru 2011 tapi dah masuk bulan disember, lagi 6 hari dah masuk 2012..kalau ikut tahun memang bunyi nya sangat lamba tapi hakikatnya dah dekat ooiiiii..CUAK bila pikiaq tau dak..

tengah bertekad untuk berjihad untuk final exam..CHAIYOK!! to all bachelor's students all around Malaysia..i wish u all the best and together we strive for excellent (dah macam moto sekolah menengah lak).hehe

Wednesday, December 14, 2011

My Opinion About Polygamy

Polygamy!! Most of the women hate polygamy...recently, my friends and I need to do some Oral Test on 3 topics based on 3 short stories that we learnt in class. Most of my classmates chose the first short stories. Listening to the same topic for about 9 person, i found it a bit sleepy until this 1 guy and a lady voiced out their opinion about polygamy.

Basically, most of men will agree that polygamy should be practice in their marriage. That's how they been created and on the other side, women would totally disagree on this topic. The battle on it is happening in our class, they keep punching,kicking and smashing each other---err, by their killer points. ^_^

What is polygamy? A man marry to more than 1 wife. People keep saying that Islam should not allow polygamy in marriage, Why do man needs to marry more than 1 wife? polygamy is ridiculous.

NOW, let me speak...

Polygamy existed before the advent of Islam. At that century, man could marry to how many women that he wish for. Islam limiting the number of wives a man could marry which up to 4 wives..ONLY 4..BUT with certain conditions which are :
#No objection from the wife/wives
#Equitable treatment to all wives
#To help the unfortunate woman
#Capable in economy
#The wife cannot give birth
If the man is not competent enough to satisfy all of them, he is not eligible to practices polygamy.

The problems among the society are, when they(MEN) marry more than 1 wife, they tend to ignore the first wife. They spend like 23/6 at the other house, leaving behind the first wife and their little kids. AND most of the marriage are base on lust ( they called it LOVE). That what makes polygamy such a annoying situation to the public.

Not all  of them whom undergo polygamy had a bad day, they are minority who can live happily as usual and there are some who live under the same roof with their spouses.

It all depend on how the husband handle his "families". So, I'll suggest : Men, PLEASE>>PLEASE>>PLEASE   do read,recite much from Quran, Hadis, Religious Books, an expert (Ustaz and Ustazah) before deciding on polygamy..If not just stay with Monogamy..

this is on only my opinion, i did not oppose polygamy because it is "HARUS" in Islam but i'm against the way they applied it..

wish me luck for my oral test this friday(last presenter)

Wordless Wednesday: IMISSOTHERHALFOFME

I DO..
REALLY..
EXTREMELY..
MISS
THE OTHER HALF OF ME

Monday, November 28, 2011

Berada di dunia yang sangat berbeza

Dunia yang kebanyakkan kita lalui mungkin lebih kurang sama, bangun awal pagi, pergi kerja/kuliah, petang balik rumah/bilik rehat, malam meeting, weekend bpersatuan atau leisure dengan kawan-kawan/ insan tersayang..

tapi semalam November 25, 2011, fatynn dan kawan-kawan berpeluang menjengah ke satu dunia yang amat janggal bagi kami yang tak pernah kami bayangkan untuk berada sebegitu dekat dengan mereka. Demi menjayakan modus operandi Selamatkan Gelandangan di bawah Kempen Tangisan Jiwa 3 Sekretariat Sukarelawan USM, kami cuba menyelami kehidupan mereka.

Kami berkumnpul jam 10.30 malam dan diberikan taklimat sebelum menuju ke destinasi yang telah di "highlight" kan oleh MT Sekretariat.. serius berdebar juga sebab ini pertama kali ikut aktiviti macam ni. Sampai ja kat sana ( tak pasti nama jalan tapi dekat area Nasi Kandar Beratur sebelah masjid ), kami diagihkan kepada 3 kumpulan. berdiri di tepi jalan beramai-ramai sambil pakai vest dah macam pegawai pencegah maksiat memang berjaya menarik tumpuan semua orang di sana termasuk pemandu-pemandu kenderaan yang tertanya-tanya apa la yang di buat budak-budak ni tengah-tengah malam ni. tapi apa kami peduli, yang penting nawaitu.. Sementara menunggu abang-abang polis, sesi camwhore pun berlangsung dengan gah nya..hehe

Then, datang 6 orang anggota polis yang akan mengawal pergerakan kami demi memastikan keselamatan kami semua. ada sedikit briefing dari anggota polis tersebut. seorang anggota polis berjalan bersama setiap kumpulan manakala yang lain akan meronda dengan kenderaan mereka. Tepat pukul 12 tengah malam kami memulakan misi kami.

Nervous pada mulanya nak approached pakcik- pakcik yang tengah tidur, risau kalau di marah tapi Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Pelbagai cerita hidup yang dikongsikan oleh mereka, walaupun ada antara mereka yang tidak fasih berbahasa melayu atau berbahasa inggeris, tapi dari bahasa tubuh mereka, kami dapat faham derita mereka. ada antara mereka yang meraih simpati dan menangis tapi apakan daya, kami hanya mampu mendengar.

Malam tu tak ramai gelandangan yang kami jumpa, mungkin sebab hujan pada awalnya, misi tetap di teruskan. Berjalan kaki pusing Penang la juga, jalan waktu malam tak terasa jauhnya. sunyi, aman ja sebab tak banyak kenderaan.. malam minggu yang lengang.. sambil berjalan mencari gelandangan, kami juga menghayati keindahan Georgetown dan isi tinggalan sejarahnya ( macam lawatan sambil belajar la juga ). Pak cik polis yang berssama kami amat ramah dan menerangkan selok belok keadaan di sana.

Sedih bila tengok anak bangsa sendiri yang sanggup merosakkan hidup dan masa depan mereka, dan membelakangkan agama demi tuntutan nafsu. Dalam perjalanan, kami dapat lihat ramainya muda mudi yang berpeleseran pada awal pagi tanpa mengira batas-batas pergaulan. Ada juga yang sedang hanyut dek bau-bauan "GAM", yang merempit, drift, dan mempamerkan nilai moral yang amat rendah. Di usik oleh mereka tidak kira muda atau tua, tapi usikan terssebut sekadar dari reaksi muka atau bunyi-bunyian sumbang tidak lebih dari itu (nasib baik ada polis yang escort). Ada antara pelacur atau "NYAH" yang lari apabila nampak kami (sebenarnya sebab nampak encik polis yang segak beruniform).

Ada antara yang gelandangan memanggil dan meminta makanan tanpa kami berikan..tak kurang juga ada antara mereka yang bagi tau mereka bujang. MOTIF? fikirkan sendiri.

Dikejar 4 ekor anjing antara pengalaman yang tak dapat dilupakan..nasib baik la ramai-ramai.. sepanjang menjalankan operasi, kami diancam oleh anjing-anjing yang diperlihara untuk menjaga kediaman di situ. untunglah tuan-tuan anjing tersebut keluar untuk menenangkan anjing kerana mereka faham akan misi kami lebih-lebih lagi dengan kehadiran encik polis yang gagah perkasa. tapi masa on the way nak berkumpul, kami hampir-hampir dikejar (masa ni dah tak ada encik polis).

Tepat pukul 3 pagi,operasi kami berakhir dan kami menuju ke USM demi bantal dan katil tercinta. sepanjang perjalanan balik, kelihatan ramai anak muda yang masih aktif bergembira di persisiran laut dan ada juga lelaki-lelaki yang membuat isyarat meminta no telefon pelajar-pelajar dari dalam kenderaan mereka..

Satu pengalaman untuk menyedarkan kita bahawa ada manusia dari golongan minoriti yang lebih susah yang hidup pada 1 dunia yang berbeza dari golongan majoriti. Jadi luaskan pandangan dan skop pemikiran kita untuk melihat dunia mereka dan membantu mengeluarkan mereka dari dunia yang gelap.

Renungkan lah :-D
Kami sukarelawan

tetap ceria walaupun dah pagi
noted : gambar misi kami tak dipaparkan.. maaf :-)

Thursday, November 24, 2011

Jangan Main Dengan Nyawa Orang!!

Baru je tadi baca surat khabar Kosmo, terkejut kot bila baca yang ada insan di Indonesia membuat ugutan di twitter untuk membunuh mahasiswa/i Malaysia di Universitas Padjadjaran berbunyi "tomorrow I will kill Malaysia student at the University of Padjadjaran".

Tak kan la sebab Skuad Garuda Muda tumpas di baham Skuad Harimau Muda tempoh hari, nak mengancam nyawa mahasiswa/i Malaysia. Biasa la adat permainan ada kalah dan menang. Adoyai, tolong berfikiran waras sikit. Semangta kesukanan yang kita perlu tonjolkan dan bukan nya semanagt kebencian.

Harap pihak berkuasa Indonesia dapat mengambil tindakan sewajarnya...

Be extra careful dear Malaysian out there..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...