Al-kisahnya bila kejadian ni berlaku di depan mata.. seorang yang lebih berumur memainkan peranan untuk memastikan saf-saf itu dipenuhkan tetapi cara insan ini menegur telah menyinggung perasaan insan-insan lain yang ada di situ sehingga menyebabkan timbul nya kata-kata yang tidak elok di benak fikiran insan-insan yang tersinggung ini..
Wajarkah kita meninggi kan suara di ruangan solat sedangkan tindakan itu telah menyebabkan jemaah yang lain tidak khusyuk dan membuat mimik muka serta mengeluarkan kata-kata yang sinis kepada golongan muda. Secara tidak langsung ianya telah menyebabkan golongan muda ini hilang minat untuk menunaikan solat berjemaah kerana sikap kita terlalu beriya-iya untuk menegur.. ibu-ibu muda pula sudah tidak ke surau/ masjid kerana tindakan mereka membawa anak-anak yang belum baligh dipertikaikan..
Tegur juga perlu kena pada tempat, waktu dan keadaan.. ketika semua sedang khusyuk untuk mengaminkan DOA, adakah kita layak untuk menyuruh seseorang bangun dan memenuhkan saf hadapan di hadapan jemaah lain dengan nada yang tinggi..semestinya ini telah menjatuhkan air muka insan tersebut..
Sikap segelintir jemaah yang tidak peka atau tidak menghiraukan perkara yang wajib juga menjadi suatu tanda tanya..INI kah umat akhir zaman? mementingkan diri walau pun dalam urusan solat..
Seorang remaja hampir menitis kan air mata ketika solat kerana tidak lagi khusyuk ketika menunaikan solat dan tidak gembira dan timbul perasaan terpaksa melakukan ibadah atas teguran yang sinis ketika selesai solat dan sedang menunggu Imam membacakan doa..Apakah ini caranya kita menegur seseorang?
Semoga hal ini dijadikan renungan dan tauladan di masa akan datang..kita sebagai umat Islam seharusnya bersatu padu dalam mebentuk ummah yang kuat yang kental dari segi iman dan fizikal dan bukan nya menjatuhkan saudara yang lain...renungan dan peringatan untuk diri sendiri khususnya..Insya'ALLAH..
No comments:
Post a Comment