We are getting older

Sunday, August 7, 2011

Tahu Hak Anda Sebagai Pekerja

ok, mula-mula nak minta maaf yang teramat sangat sebab dah lama tak update.."busy" sikit berangan jadi wanita bekerjaya..hehe

sekarang dah mengganggur balik sebab dah resign akhir bulan lepas..tajuk entri kali ada kena mengena la dengan pengalaman diri sendiri ni..dan sebagai peringatan kepada semua remaja sama ada kerja part time sementara tunggu result SPM, cuti mid sem yg panjang yang amat tu atau pun kerja tetap..tetapi mostly ni untuk peringatan kepada KITA remaja dan belia negara yang baru nak kenal alam pekerjaan..

Hakikatnya ramai tak sedar atau buat-buat tak sedar atau takut untuk mengakui kebenaran yang mereka di tindas oleh majikan masing-masing..ni sikit tips bila nak kerja ye:
Masa interview tu, bukan nya time majikan je tanya soalan, kita pun layak juga untuk bertanya..contohnya : masa kerja, bayaran, rehat dan paling penting ada massa untuk solat tak?

Bila dah start kerja, pastikan majikan tu ada bagi kita t/tangan kontrak(agreement) kerja/Appointment letter..baca betul-betul kontrak tu..
- kontrak tu pula mesti la ada tentang gaji basic, OT, bayaran kalau bekerja pada cuti umum, cuti sakit, SOCSO dan EPF..
- SOCSO dan EPF ni penting sebab kalau tengah duk panjat rak yang tinggi-tinggi, tiba-tiba jatuh siapa nak bertanggungjawab? MAJIKAN kah? sedangkan EPF dan SOCSO pun dia tak carum untuk kita..
- bila dah jadi macam ni, senang-senang ja majikan boleh kata yang kita bukan pekerja dia.. tak da bukti "black and white" yang kita kerja
- Mungkin juga majikan senang-senang hati ja boleh makan duit kita..dia boleh bayar tak setimpal/seperti yang dijanjikan kalau tak da kontrak..
- tinggi mana pun gaji yang ditawarkan pastikan kita menunaikan ibadah kita sebagi hamba Allah..kekayaan dunia tak ke mana pun..

Tak Tau Nak Mengadu Kat Sapa?

Senang ja jawapan tu, Pejabat Buruh kan ada...mereka sedia membantu pekerja-pekerja yang teraniaya..
mana fatynn tau? ada member fatynn ni sangat berani ni telah melaporkan kesalahan bekas majikan dia sebabnya tak bayar gaji seperti apa yang dijanjikan..

jadi kalau kamu semua rasa teraniaya, tak ada kontrak kerja, tak dapat slip gaji atau apa-apa pun, sila la buat aduan..jangan biarkan mereka-mereka ni tindas kita k..walaupun kita ni masih student tapi tak bermakna kita ni BODOH sangat dalam dunia pekerjaan kan..sila ambil berat tentang hak-hak anda

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...