We are getting older

Friday, January 13, 2012

Rindu Akan Pesanan Mu Sahabat

Perkenalan yang tidak dijangka
Pertemuan yang singkat
Kau, Aku menjadi akrab
Ukhwah berterusan walau lama tak bersua muka
Sangat lama...
Seingat Aku, kita tak pernah ketemu selepas perkenalan itu



Hadirnya Kau mengubah kehidupanku..
Seringkali Aku terima pesanan Mu..
Mengingatkan Aku.. 
Menyedarkan Aku..
Tika Aku leka mengecapi nikmat dunia..
Akan tanggunjawab Ku terhadap Pencipta Ku..



Semua pesanan disimpan supaya Aku tidak terus hanyut
Maksud tersirat disebalik kata-kata itu
Membuatkan Aku bingung
Kerna Aku bukannya seorang sasterawan
Aku mula belajar menghayati, mencintai nukilan puitis
Menyelami apa yang hendak disampaikan



Tapi..
Kau menyepi..
Kau mendiamkan diri..
Kau seolah-olah menjauhkan diri..
Tiada lagi pesanan-pesanan ilmiah Mu..
Aku bingung..



Aku mula resah
Tiada khabar balas dari Mu
Hilang dalam lamunan sendiri
Hati mula bersuara
Akal mula mentafsir
Langkah masih kaku, beku, terpaku di lokatif yang sama



Sunyi..
Awan hitam mula menutupi sinar Ku..
Perjalanan semakin hilang warnanya..
Hilang sumber inspirasi Ku..
Hilang sahabat.. 
Hilang penasihat..



YA!!
Aku rindu..
Rindu akan tawa Mu
Rindu akan usikan Mu
Rindu akan bicara matang Mu
Paling utama Aku rindu akan pesanan Mu yang sentiasa menyedarkan Ku dari lamunan yang panjang



Aku pasti rindu Ku pada Mu tidak melebihi rindu Ku pada Pencipta Ku yang satu dan juga Junjugan Ku yang Agung..


Sekadar menyatakan rindu Ku terhadap teman yang sangat istimewa



Aku memerlukan kata-kata pemangkin Ku
untuk terus berdiri, bukan untuk bermegah 
bukan untuk menindas
tetapi untuk mengabdikan diri
menjadi hamba yang solehah


Ya Rabb, 
...Aku merinduinya...




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...