Pandangan peribadi fatynn, fatynn tak akan masuk campur hal politik ni dengan pelajaran. Antara sebab musabah la..cuba fikirkan balik masa kita kecik-kecik, ibu bapa kita selalu pesan belajar rajin-rajin jadi orang berguna pada agama-bangsa-dan negara.. macam-macam depa buat nak bagi kita jadi orang berguna, hantar pi tadika-sekolah-sampailah uni.. Mengenangkan pesanan ni la, bagi fatynn tujuan utama fatynn kat uni ni nak buat ibu bapa fatynn happy dan bangga ada anak cam fatynn dan nak merealisasikan impian mereka tengok fatynn adik beradik berjaya dan jadi orang berguna.
Kadang-kadang fatynn rasa sangat beruntung bila ibu dan bapa fatynn tak dedahkan sangat tentang politik kat kami adik beradik dari kecik sampailah zaman persekolahan,mereka nak fatynn pertimbangkan dengan akal dan hati dan bukannya terima bulat-bulat ungkapan orang lain.
Mungkin boleh fatynn katakan yang fatynn setuju kata-kata Tun Dr Mahathir Mohamad supaya mahasiswa/i belajar dulu tamatkan dulu pengajian mereka yang cuma 3/4 tahun baru libatkan diri dengan politik. Mahasiswa/i perlu sedar yang kita belajar menggunakan duit rakyat, jumlah pengajian kita bukannya murah dan kejadian berdarah tu bukannya yang diharapkan oleh rakyat. Kejadian ni pula jadi time semua student degree tengah sibuk dengan Final Exam.
Jujur fatynn katakan, keadaan ni bukan apa yang kita nak lihat dan fatynn dah penat membaca pelbagai spekulasi dari pelbagai pihak dalam semua laman sesawang. Tolong lah ingat tujuan asal kita masuk universiti--kasihan akan keluarga kita--kenang akan titik peluh ibu bapa kita--bagaimana nasib bangsa kita..
So, apa kata kita belajar dulu dapat keputusan baik,kerja baik,ada pendapatan sendiri kemudian terpulang lah kita nak libatkan diri dalam apa aktiviti pun tapi yang penting suma berlandaskan Islam yang sebenar-benarnya yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW.
AUKU yang menjadi masalah utama, tapi bagi fatynn, fatynn tak rasa AUKU tu mengganggu proses pembelajaran fatynn dari diploma sampailah degree. Selami yang tersirat dalam sesuatu yang termaktub. fatynn dah di dedahkan dengan AUKU sejak diploma dan bagi fatynn ada kebaikannya..kadang-kadang tak semua perkara perlu di ubah.
Itu cuma pandangan fatynn sebagai seorang mahasiswi dan fatynn tak menyalahkan mana-mana pihak sebab kita semua akan melakukan kesalahan termasuklah diri fatynn sendiri.
Fatynn doakan semua ni akan berakhir dengan cepat dan aman. Semoga semua peroleh kebaikan.. Fokus untuk final exam "ada sapa-sapa nak bagi tips tentang subject bio tak?" :-)
No comments:
Post a Comment