We are getting older

Friday, October 14, 2011

Blog saya bersawang sudah

Minta Ampun Minta Maaf ye Blog Kesayang Pujaan Hati.....memang dah lama tak jenguk blog sejak-sejak dah jadi warga USM ni kan..wah-wah kononnya busy mengalahkan PM tu..over kan..

FUHH!! hari ni fatynn terpaksa la mencuci segala sawang-sawwang yang telah lama bersemadi kat blog ni..sorry ye lelabah cyber..ada ke? entah la...

after 1 month kat sini, akhirnya dah berjaya la menyesuaikan diri dan juga mengaktifkan diri dengan aktiviti-aktiviti kat sini, baru rasa bersemangat sikit nak update blog pink I ni...rasa teruja lak n tak sabar-sabar nak join aktiviti-aktiviti and share dengan all of you.. esok kan fatynn and Presela nak join Program Bersama Pemimpin..entah siapa la pemimpin yang bakal kami jumpa tu..excited tahap maximum dah ni.. tunggu tau nanti fatynn cerita ye, surprise!! hehe..

Dan yang paling-paling fatynn excited nak habaq kat suma yang fatynn bangga jadi anak Kedah..BANGGA SANGAT!! Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah yang berjiwa rakyat diisytiharkan sebagai Yang Di-Pertuan Agong Malaysia..mengikut rekod ni kali pertama seorang sultan diistiharkan sebagai Yang Di-Pertuan Agong sebanyak 2 kali..

DAULAT TUANKU!!


Wednesday, August 17, 2011

Friday, August 12, 2011

BOSS FROM HELL

Masa kelas BEL, lecturer suruh cari tajuk tentang problem at workplace..last-last fatyn jumpa tajuk memang best----BOSS FROM HELL---- memang gila sensitif nya tajuk la..

tapi tak sangka la yang suatu hari fatyn akan berdepan dengan situasi yang sama cam tajuk tu..(tu la kau nak tajuk bombastic sangat kan).. bukan fatyn ja tapi ramai yang dah berdepan dengan masalah ni..

just nak share la dengan korang semua apa yang jadi sebenarnya..ingat kan entri yang fatyn cerita tentang ada member buat report dekat pejabat buruh...beberapa hari lepas tu pejabat buruh suruh la kami yang still kerja buat report..ok fatyn pun pergi la mengadap muka pegawai tu dan dia cuma nak tau sama ada kami kerja tu ada agreement tak? so dah sah-sah la jawapan nya tak..tu ja pun..





**********************************




kemarin pukul 11 pagi lebih cam tu la ada phone call. ni la dialog perbualan tu :

F : assalamualaikum
X-boss : w'salam..fatyn ____ ada?
F : ya, saya...(jujur)
X-boss : awat tak jawab ___ call banyak kali
F : duk buat biskut la
X-boss : ni nak bagi tau biskut tu nak 2 bekas ja..ni nak tanya sikit, tadi ____ pi pejabat buruh nampak nama fatyn _____ kat dalam buku kata buat report..cuba cerita sikit hal sebenar.
F : dah depa suruh kami pi buat report, pi je la
X-boss : depa tanya apa?
F : ada agreement ke x?
X-boss : awat tak bagi tau boleh la bincang dulu nak jawab apa?<marah>
F : <diam ja>
X-boss : tak rasa ka nak bagi tau kat ____
F : <diam lagi>
end call..
(yang tak tahan tu sanggup dia call no rumah sebab fatyn tak jawab bila dia call nset) kes ni jadi bulan 6 hari tu. kessal juga dengan pejabat buruh atas kecuaian sehingga sepatutnya merahsiakan nama pengadu tapi akhirnya terbocor jua.. :( )

tiba-tiba dapat mesej : _____ kecewa fatyn tak bagitau dulu. ____ ikhlas dengan fatyn.___ nak cancel semua tempahan. ____ halalkan semuanya..maaf zahir dan batin dari ___ and ___.

fatyn tak reply sebab tak rasa nak reply..






***************






Kau tau lak marah-marah kan yang kau buat kat orang kau tak fikir dulu. bayaq lebih kurang ja.. kami tau banyak lagi tapi kami tak cerita pun kat pejabat buruh..nasib baik la tu..salah orang kau canang satu SP bukan main lagi baik orang kau tak ingat kan.

Fatyn dan member-member fatyn buat macam ni supaya lepas ni tak da dah orang kena tipu macam mana Kau buat kat kami semua.. memang kami pekerja tapi bukan hamba abdi.. Kau fikir masalah Kau ja..masalah kami kena bebel dengan parents sebab jadual kerja yang entah apa-apa dan bayaq gaji tak betul sapa nak jawab..

Dengaq cerita dari member yang kerja lagi kat kedai tu, X-boss ni dah serik..dah start siap sedia semua agreement untuk staff baru sebab tak nak perkara sama berulang.. harap-harap lepas ni X-boss bertaubat la, jangan mudah lupa diri dan jangan layan pekerja macam hamba abdi..

Fatyn sincerely minta maaf la kalau apa yang kami buat ni menyakitkan hati X-boss tapi tak sanggup tengok bangsa sendiri menjatuhkan maruah / hentam bangsanya sendiri.. tolong la.. Kita ada Agama..Negara ada Undang-undang.. jangan ingat bila kita di atas kita berkuasa, suatu hari kita mungkin di bawah dan apa yang kita dah buat dekat orang akan jadi balik dekat kita. fatyn tak sanggup tengok bangsa sendiri di tindas tambah-tambah lagi mereka ni bukan orang senang dan nak cari rezeki yang halal... tu yang fatyn sanggup ke depan untuk tegakkan keadilan.

Salah orang kita nampak tapi salah sendiri tak nampak..jangan asyik nak gembar-gemburkan kesalah yang 1 tapi fikir balik semua kebaikan pekerja-pekerja Kau..sesen pun kami tak curi walaupun Kau bagi kami kunci kedai... Kalau orang lain silap-silap dah lesap semua tu..

Fatyn pun halalkan ja semua duit komisen dan OT yang Kau tak bayar lagi tu..sebab dah malas nak bessarkan lagi masalah ni.. tambahan pula ni jadi pada bulan yang mulia.. ni cuma sebagai pengajaran atas segala kesilapan yang dah lama berlaku..

Jujur fatyn pun serik nak bagi kenalan atau saudara mara kerja dengan X-boss ni..

<credit to Miss Latisha sebab bagi kami task ni time diploma dulu..So, fatyn tau macam mana nak handle dan pada siapa nak mengadu.>. 


Tuesday, August 9, 2011

Relaks..Bersabar La

Bukan nak buka aib sapa-sapa pun cuma sebagai peringatan kepada sesiapa yang nak tegur atau memberi nasihat..sebagai contoh la kan : Tindakan kita menegur jemaah lain supaya memenuhkan saf- saf hadapan dahulu itu betul jika kena pada gayanya.. cuba bayangkan tindakan yang baik itu boleh bertukar sebaliknya jika nada yang digunakan tidak bersesuaian dan menimbulkan perasaan yang kurang enak di kalangan jemaah lain..

Al-kisahnya bila kejadian ni berlaku di depan mata.. seorang yang lebih berumur memainkan peranan untuk memastikan saf-saf itu dipenuhkan tetapi cara insan ini menegur telah menyinggung perasaan insan-insan lain yang ada di situ sehingga menyebabkan timbul nya kata-kata yang tidak elok di benak fikiran insan-insan yang tersinggung ini..

Wajarkah kita meninggi kan suara di ruangan solat sedangkan tindakan itu telah menyebabkan jemaah yang lain tidak khusyuk dan membuat mimik muka serta mengeluarkan kata-kata yang sinis kepada golongan muda. Secara tidak langsung ianya telah menyebabkan golongan muda ini hilang minat untuk menunaikan solat berjemaah kerana sikap kita terlalu beriya-iya untuk menegur.. ibu-ibu muda pula sudah tidak ke surau/ masjid kerana tindakan mereka membawa anak-anak yang belum baligh dipertikaikan..

Tegur juga perlu kena pada tempat, waktu dan keadaan.. ketika semua sedang khusyuk untuk mengaminkan DOA, adakah kita layak untuk menyuruh seseorang bangun dan memenuhkan saf hadapan di hadapan jemaah lain dengan nada yang tinggi..semestinya ini telah menjatuhkan air muka insan tersebut..

Sikap segelintir jemaah yang tidak peka atau tidak menghiraukan perkara yang wajib juga menjadi suatu tanda tanya..INI kah umat akhir zaman? mementingkan diri walau pun dalam urusan solat..

Seorang remaja hampir menitis kan air mata ketika solat kerana tidak lagi khusyuk ketika menunaikan solat dan tidak gembira dan timbul perasaan terpaksa melakukan ibadah atas teguran yang sinis ketika selesai solat dan sedang menunggu Imam membacakan doa..Apakah ini caranya kita menegur seseorang?

Semoga hal ini dijadikan renungan dan tauladan di masa akan datang..kita sebagai umat Islam seharusnya bersatu padu dalam mebentuk ummah yang kuat yang kental dari segi iman dan fizikal dan bukan nya menjatuhkan saudara yang lain...renungan dan peringatan untuk diri sendiri khususnya..Insya'ALLAH..

Sunday, August 7, 2011

Tahu Hak Anda Sebagai Pekerja

ok, mula-mula nak minta maaf yang teramat sangat sebab dah lama tak update.."busy" sikit berangan jadi wanita bekerjaya..hehe

sekarang dah mengganggur balik sebab dah resign akhir bulan lepas..tajuk entri kali ada kena mengena la dengan pengalaman diri sendiri ni..dan sebagai peringatan kepada semua remaja sama ada kerja part time sementara tunggu result SPM, cuti mid sem yg panjang yang amat tu atau pun kerja tetap..tetapi mostly ni untuk peringatan kepada KITA remaja dan belia negara yang baru nak kenal alam pekerjaan..

Hakikatnya ramai tak sedar atau buat-buat tak sedar atau takut untuk mengakui kebenaran yang mereka di tindas oleh majikan masing-masing..ni sikit tips bila nak kerja ye:
Masa interview tu, bukan nya time majikan je tanya soalan, kita pun layak juga untuk bertanya..contohnya : masa kerja, bayaran, rehat dan paling penting ada massa untuk solat tak?

Bila dah start kerja, pastikan majikan tu ada bagi kita t/tangan kontrak(agreement) kerja/Appointment letter..baca betul-betul kontrak tu..
- kontrak tu pula mesti la ada tentang gaji basic, OT, bayaran kalau bekerja pada cuti umum, cuti sakit, SOCSO dan EPF..
- SOCSO dan EPF ni penting sebab kalau tengah duk panjat rak yang tinggi-tinggi, tiba-tiba jatuh siapa nak bertanggungjawab? MAJIKAN kah? sedangkan EPF dan SOCSO pun dia tak carum untuk kita..
- bila dah jadi macam ni, senang-senang ja majikan boleh kata yang kita bukan pekerja dia.. tak da bukti "black and white" yang kita kerja
- Mungkin juga majikan senang-senang hati ja boleh makan duit kita..dia boleh bayar tak setimpal/seperti yang dijanjikan kalau tak da kontrak..
- tinggi mana pun gaji yang ditawarkan pastikan kita menunaikan ibadah kita sebagi hamba Allah..kekayaan dunia tak ke mana pun..

Tak Tau Nak Mengadu Kat Sapa?

Senang ja jawapan tu, Pejabat Buruh kan ada...mereka sedia membantu pekerja-pekerja yang teraniaya..
mana fatynn tau? ada member fatynn ni sangat berani ni telah melaporkan kesalahan bekas majikan dia sebabnya tak bayar gaji seperti apa yang dijanjikan..

jadi kalau kamu semua rasa teraniaya, tak ada kontrak kerja, tak dapat slip gaji atau apa-apa pun, sila la buat aduan..jangan biarkan mereka-mereka ni tindas kita k..walaupun kita ni masih student tapi tak bermakna kita ni BODOH sangat dalam dunia pekerjaan kan..sila ambil berat tentang hak-hak anda

Sunday, June 19, 2011

he is the main character in our story

he was superb, extraordinary actor that fulfill all his tasks at one time..he also the director that tells what to do and don't..he is the narrator and the script writer. maybe he not one of the well known person but he is at top of the rank of the most inspired person in our life..

presenting Mr Firuz bin Ab Rashid, he is the best father that a child could never ask for. he raised me n my siblings perfectly..I am totally proud to have a father that willing to share all the moments with us, sacrificed every single second to pray for our success and became one of our truly best friend for the entire life..

I love you bapa....thank you for all kindness..my story are getting more interesting when you and ibu stand still at our side.. mmmmuuuaaahhh :)

HAPPY FATHER DAY BAPA....   

Sunday, June 5, 2011

hari yang x best

4/6/2011 : 
fatynn kena masuk kerja pukul 1.30 dekat cawangan kedai tu dekat Giant..bos cakap kerja sampai pukul 8 malam ja..lepas tu balik rumah..so, fatynn pun tak kisah la..fatynn pesan la kat bapa suruh jemput pukul 8.30 malam..bos lak call suruh masuk kerja awal sikit..kul 1 dah terpacak kat depan kedai tu tau..

tengah teruja nak balik sebab dekat keddai tu bosan tak ramai customer, tiba-tiba anak bos cakap yang bos suruh fatynn cover kerja dekat cawangan dekat Tesco lak..tudia aih!! terkejut kot.. tunggu ibu dan adik-adik habis shopping dekat Giant, baru la bertolak p Tesco...menyusahkan orang betul. nasib baik la yang jemput tu ibu, kalau bapa.... alamatnya fatynn kena resign la..

geram sangat tau..di sebabkan geram, fatynn ajak ibu pi makan dulu..lapaq kot dari kul 1 tak makan apa...9.30 malam baru fatynn masuk..kalau ikutkan hati nak ja balik rumah terus, tapi memandang kelibat customer yang ramai dan berbagai kerenah..kesian pula tengok adik tu seorang ja jaga..fatynn pun tolong la..memang ramai yang amat..penat kot..ibu pun terpaksa la tunggu kat tessco sampai fatynn habis kerja dalam 10.30malam..

kalau sekali lagi la dia buat macam ni, memang resign la..ingat kami ni robot ka?

p/s: we totally have problems with the boss's wife..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...