Bila menghadap buku genetics dan semua fakta-fakta bio, terus mengomel sendiri "bila lah boleh kahwin". Banyak juga dapat invitation kenduri kahwin kawan-kawan..ada juga kawan-kawan yang dah mempunyai anak sendiri..best kan?? hari ni my big brother's solemnization...mesti sweet je dorang..sorry fatynn still kat penang sebab ada paper..kenduri kahwin, Insya'Allah fatynn pi....
Bercakap tentang Mahligai Impian ni, rata-rata setiap perempuan ada perkahwinan yang mereka idam-idamkan.. masa fatynn kecil-kecil dulu sering la terpengaruh dengan wedding ala-ala princess macam cerita Snow White, Cinderella, Rapunzel, Sleeping Beauty, dan lain-lain hasil karya Walt Disney.. Dari kecil, sejak-sejak dah pandai berfikir dan membaca didedahkan pada buku-buku macam tu dan tonton kartun tu..masa tu selalu fikir bestnya jadi princess, nanti ada prince yang datang naik kuda selamatkan kita, bawa pi istana, menari kat ballroom dan kahwin sambil dihiasi bunga-bunga rose berlatarbelakangkan istana dan english garden..sweet je kan...(zaman dulu cerita tu orang kata bawa teladan baik, zaman sekarang the opposite lak sebab dorang kaitkan cerita tu dengan gejala sosial sekarang)..nasib baik la zaman kanak-kanak dulu tak advance macam sekarang, lambat la nak tercemar pemikiran tu.
Tapi sekarang ni, fatynn tak nak dah wedding macam tu..wedding yang fatynn harapkan cuma satu wedding yang simple tapi penuh makna bagi fatynn, pasangan dan keluarga kedua-dua belah pihak....fatynn nak wedding yang tak se"grand" cerita fairytale tu....kalau boleh nak ikut cara Islam dan tak melebihkan adat sangat..tak perlu la nak membazir sebab banyak lagi perkara yang perlu difikirkan selepas majlis tu..
Fatynn impikan seorang lelaki yang mampu menjadi Imam fatynn dalam membimbing fatynn menjadi seorang hamba yang taat kepada Penciptanya..Rupa paras tak menjadi ukuran, yang penting agamanya, hormat akan orang tua terutama kedua ibu bapa, suka kanak-kanak, ekonomi yang stabil, sihat fizikal dan mental, terima fatynn dan keluarga seadanya, sentiasa memberi nasihat serta sokongan, dan menyayangi fatynn setiap masa...
Kalau boleh fatynn nak lelaki tu berasal dari kampung, bukan tak suka lelaki bandar cuma fatynn sendiri berasal dari bandar dan banyak perkara yang fatynn tak tahu...fatynn suka la kalau ada kontra sedikit, baru ada warna dalam kehidupan...contoh fatynn tak tahu sangat nama-nama ikan, pokok-pokok dan kuih tradisional..bukan tak tahu langsung cuma banyak yang tak tahu dari yang tahu...fatynn suka suasana kampung yang tenang, ada dusun, sungai, pantai, jiran-jiran yang ramah, jalan tak sesak..tenang ja..bila hari raya atau ada majlis keramaian meriah je..fatynn nak anak fatynn kenal apa itu kampung dan rasa suma tu macam apa yang fatynn rasa, tak nak anak-anak fatynn nanti sampai dah tak tahu nak bezakan lembu dengan kerbau..tak ke haru tu..lagi satu fatynn harapkan suami yang tak kekok buat kerja rumah, boleh juga tolong-tolong masak time fatynn letih or sakitkan..
Mesti ramai yang beranggapan fatynn terpengaruh cerita-cerita Islamic dari negara jiran seperti "Dalam Mihrab Cinta", "Ketika Cinta Bertasbih" dan sebagainya.. ada la sikit tapi sebenarnya cerita-cerita tu buka pandangan fatynn tentang perkahwinan sebenarnya..Ustaz kat UiTM dulu siap adakan tayangan cerita tu secara besar-besaran lagi sebab nak terangkan apa perkahwinan dalam Islam.. Memang time ni hit la, boleh dikatakan 90% rakan-rakan perempuan semua dah tukar angan-angan perkahwinan mereka dan ciri-ciri lelaki idaman macam dalam movie tu..terharu kot tengok cerita tu siap nangis-nangis lagi
Fatynn akan terharu dan amat bersyukur kalau dapat jumpa lelaki macam dalam cerita tu..Kalau dipinang sebegitu rupa, tiada alasan untuk fatynn tolak..(ayat feeling ok)
Fatynn akan terus berdoa supaya dipertemukan jodoh sebegitu...
p/s: ibu akan jadi wedding planner fatynn..sukanya :)

4 comments:
amboi. tak sabaq nak kawen lettew.
fatynn,..betul..me too change a lot..i mean my perspective and my dreams..sebab dah besar kot 23 beb..kemonnn...dah tua..haha..xsangka :( *ayat tacing
dak comei : hehe sbaq lg ni kalau tak dah paksa ibu..saja terfikir..dah makin besar kan
a journey to remember : maybe peningkatan umur mematangkan cara kita berfikir..as long kita tau apa yg kit abuat itu yg terbaik..btw i muda lg..hehe
Post a Comment